Page 172 - KPKM
P. 172
171 | LAPORAN TAHUNAN ‘23
PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN (ASAS TUNAI)
Pematuhan terhadap penutupan akaun akhir tahun
2023 serta penghantar Kertas Kerja Sokongan (KKS)
oleh Kementerian membolehkan Jabatan Akauntan
Negara Malaysia (JANM) menyediakan Penyata
Kewangan Kerajaan Persekutuan (Asas Tunai) pada
masa yang ditetapkan untuk dikemukakan kepada
Jabatan Audit Negara.
Ketepatan penyediaan maklumat di Penyata
Kewangan ini turut menyumbang kepada
pengeluaran Sijil Audit Bersih oleh Jabatan Audit
Negara.
PELAKSANAAN EKSA BAHAGIAN AKAUN
PENGIKTIRAFAN SUDUT EKSA TERBAIK
BAGI AUDIT DALAM EKSA KPKM SIRI
2/2023
Zon Heliconia, Bahagian Akaun telah menerima
pengiktirafan Sudut EKSA Terbaik semasa sesi
Audit Dalam EKSA KPKM Siri 2/2023 yang telah
dilaksanakan pada 3 Ogos 2023. Sudut EKSA
Zon Heliconia mempunyai ciri-ciri yang telah
ditetapkan dalam garis panduan EKSA seperti
carta organisasi zon dan carta perbatuan yang
lengkap dan dikemaskini sentiasa. Begitu juga di
Sudut Maya yang merupakan salah satu inovasi
zon iaitu blog berkaitan EKSA Zon Heliconia.
Disamping itu aktiviti-aktiviti EKSA secara
bergambar juga dipamerkan di ruang EKSA.