Page 177 - KPKM
P. 177

LAPORAN TAHUNAN ‘23 |      176




          BENGKEL PEMUKIMAN SEKTOR PENGURUSAN
          Bahagian Perkhidmatan Digital telah dipilih menjadi urus setia bagi Bengkel Pemukiman Sektor Pengurusan
          2023 yang diadakan di Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur dari 10 hingga 12 Mac 2023. Bengkel ini dihadiri
          oleh semua pegawai Bahagian di bawah Bahagian Sektor Pengurusan KPKM iaitu Bahagian Pengurusan
          Sumber Manusia, Bahagian Kewangan, Bahagian Akaun, Bahagian Perkhidmatan Digital dan Bahagian
          Pentadbiran.

          Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk membuat perancangan dan pelaksanaan setiap projek/
          program pembangunan tahun 2023 bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan dan pencapaian
          prestasi yang cemerlang serta menambah baik proses kerja sedia ada ke arah meningkatkan kecekapan
          tatakelola serta penyampaian perkhidmatan.

          Bengkel ini turut mendapat perkongsian pengisian daripada Tabung Haji dengan tajuk “Perkongsian
          Amalan Tadbir Urus Terbaik Dalam Pengurusan Haji” dan perkongsian  Awantec  Systems berkenaan
          Google Workspace (GWS).
   172   173   174   175   176   177   178   179   180   181   182