Page 181 - KPKM
P. 181

LAPORAN TAHUNAN ‘23 |     180




          MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU 2023 YB MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN
          MAKANAN BERSAMA WARGA KPKM
          Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 YB Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama warga
          Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah diadakan pada 16 Januari 2023 bertempat di
          Dewan Serbaguna KPKM. Majlis ini merupakan program tahunan yang diadakan sebagai platform untuk
          YB Menteri menyampaikan amanat dan hala tuju Kementerian bagi tahun 2023 kepada semua warga
          KPKM termasuk warga Jabatan dan Agensi di bawah KPKM.

















                         Majlis Amanat Tahun Baharu 2023.            Penyampaian Amanat Tahun Baharu 2023 oleh
                                                                                 YB Menteri KPKM.


          MAJLIS PERJUMPAAN YB MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN BERSAMA
          WARGA KEMENTERIAN  PERTANIAN  DAN  KETERJAMINAN  MAKANAN  (KPKM)  SEMPENA
          RAMADAN TAHUN 2023

          Majlis Perjumpaan YB Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Bersama Warga KPKM Sempena
          Ramadan Tahun 2023 telah diadakan pada 12 April 2023 bertempat di Dewan Serbaguna KPKM. Majlis ini
          diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan ukhwah dan jalinan kerjasama dalam kalangan
          warga KPKM dengan YB Menteri, YB Timbalan Menteri dan Pengurusan Tertinggi KPKM. Selain itu, majlis
          ini juga melibatkan sesi Bedah Buku Warkah Saidina ’Ali kepada Malik Al-Ashtar oleh Ustaz Ridzwan bin
          Abu Bakar, Felo Akademi NUNJI sebagai salah satu pengisian majlis. Majlis ini turut diserikan dengan
          kehadiran  anak  yatim  dan  sesi penyampaian  sumbangan  kepada  golongan asnaf, anak  yatim  dan
          warga Kementerian.













            Ucapan oleh YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan   Sesi Bedah Buku Warkah Saidina ’Ali kepada Malik Al-
                              Keterjaminan Makanan.                      Ashtar oleh Ustaz Ridzwan bin Abu Bakar.
   176   177   178   179   180   181   182   183   184   185   186