Page 183 - KPKM
P. 183

LAPORAN TAHUNAN ‘23 |     182




          PROGRAM KIBAR JALUR GEMILANG SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT
          KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN (KPKM) TAHUN 2023




















                             Warga KPKM Menunjukkan Semangat Patriotik Semasa Kibaran Jalur Gemilang


          Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah mengadakan Program Kibar Jalur
          Gemilang Peringkat Kementerian sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2023. Program ini
          diadakan sebagai salah satu pengisian bagi menyambut kehadiran panel juri penilai bagi Program
          Keceriaan Antara Kementerian anjuran Jabatan Penerangan Malaysia melalui Kementerian Komunikasi
          dan Digital. Kehadiran panel juri telah disambut oleh YBrs. Puan Habshah binti Ali, Setiausaha Bahagian
          Kanan (Pengurusan) diiringi YBrs. Puan Azura binti Abdullah, Setiausaha Bahagian Pentadbiran. Program
          ini telah diserikan dengan penyampaian deklamasi sajak oleh Encik Muhammad Hilmi bin Nordin
          dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) yang merupakan pemenang pertandingan menulis dan
          mendeklamasikan sajak peringkat Kementerian Tahun 2022. Sebagai acara kemuncak, semua warga
          KPKM bersama-sama panel juri telah menyanyikan lagu Jalur Gemilang dan mengibarkan bendera Jalur
          Gemilang. Selain itu, Perpustakaan KPKM turut menganjurkan Program “Mylib2u@ lobi” bertujuan untuk
          membolehkan semua warga KPKM meminjam atau memulangkan buku serta berpeluang membuat
          pendaftaran sebagai Ahli Perpustakaan KPKM.




















           Penyampaian Deklamasi Sajak oleh Encik Muhammad Hilmi bin   Program MyLib2U Anjuran Perpustakaan KPKM
                             Nordin dari DVS
   178   179   180   181   182   183   184   185   186   187   188