Page 186 - KPKM
P. 186

185  |  LAPORAN TAHUNAN ‘23



                           PEJABAT PENASIHAT

                           UNDANG-UNDANG (PUU)
              UNIT-UNIT DI BAWAH KETUA SETIAUSAHA



                           OBJEKTIF BAHAGIAN

                           Pejabat  Penasihat  Undang-Undang  Kementerian  Pertanian  dan  Keterjaminan
                           Makanan (PUU) merupakan bahagian yang dipertanggungjawabkan untuk memberi
                           perkhidmatan perundangan yang profesional dan cekap kepada Kementerian
                           Pertanian  dan  Keterjaminan  Makanan  (KPKM)  dan  agensi-agensi  di  bawahnya
                           sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Fasal (2) Perkara 145 Perlembagaan
                           Persekutuan. Semua Pegawai Undang-undang yang ditempatkan di KPKM oleh
                           Jabatan Peguam Negara bertugas sama ada sebagai Peguam Persekutuan atau
                           Peguam Kanan Persekutuan atau Timbalan Pendakwa Raya dan tertakluk kepada
                           semua Arahan Peguam Negara, Arahan Pendakwa Raya dan apa-apa arahan lain
                           yang dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara dari semasa ke semasa. PPUU KPKM
                           antara lainnya berperanan untuk :

                           FUNGSI BAHAGIAN

                                a.  Memastikan perjanjian, memorandum persefahaman dan instrumen
                                   perundangan yang mempunyai implikasi undang-undang kepada Kerajaan
                                   adalah teratur dan selaras dengan undang-undang sedia ada dan mematuhi
                                   dasar Kerajaan yang berkuat kuasa;
                                b.  Memastikan khidmat nasihat undang-undang yang diberi secara lisan dan
                                   bertulis kepada KPKM, Jabatan dan Agensi di bawah KPKM adalah selaras
                                   dengan Perlembagaan Persekutuan, undang-undang sedia ada dan dasar
                                   Kerajaan yang berkuat kuasa;
                                c.  Menggubal, menyemak dan meminda perundangan utama dan perundangan
                                   subsidiari mengikut Perlembagaan Persekutuan, undang-undang sedia ada
                                   dan mematuhi dasar Kerajaan yang berkuat kuasa;
                                d.  Mengendalikan kes-kes pendakwaan dan guaman yang melibatkan KPKM,
                                   Jabatan atau Agensi di bawah KPKM di Mahkamah Jenayah dan Sivil mengikut
                                   Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang berkuat kuasa; dan
                                e.  Memastikan tadbir urus Pejabat Penasihat Undang-Undang yang cekap dan
                                   berintegriti.
   181   182   183   184   185   186   187   188   189   190   191