Page 184 - KPKM
P. 184

183  |  LAPORAN TAHUNAN ‘23




          PROGRAM CERGAS BERSAMA KPKM SEMPENA SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA TAHUN
          2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN (KPKM)
          Program Cergas Bersama KPKM peringkat Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM)
          telah dilaksanakan pada 13 Oktober 2023 bertempat di Dewan Serbaguna KPKM sempena Sambutan
          Hari Sukan Negara. Pelaksanaan program ini bertujuan untuk menyokong usaha Kerajaan dalam
          membudayakan  gaya  hidup  sihat  dan  aktif  bagi  meningkatkan  kesedaran  tentang  kepentingan
          bersukan terutama di kalangan Penjawat Awam di Malaysia. Antara aktiviti yang telah diadakan adalah
          senamrobik yang diketuai oleh tiga (3) orang jurulatih dan pertandingan tanggathon bagi kategori lelaki
          dan wanita. Terdapat 10 orang pemenang bagi kedua-dua kategori pertandingan tanggathon dan sesi
          penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Azura binti Abdullah, Setiausaha Bahagian
          Pentadbiran.


























                                           Aktiviti Senamrobik Bersama Warga KPKM .






















                                                 Pertandingan Tanggathon.
   179   180   181   182   183   184   185   186   187   188   189