Page 187 - KPKM
P. 187
LAPORAN TAHUNAN ‘23 | 186
AKTIVITI DAN PENCAPAIAN DARI JANUARI 2023 SEHINGGA DISEMBER 2023
a. Nasihat dan Pandangan Undang-Undang Antara peranan utama PPUU KPKM adalah memberi
khidmat nasihat dan pandangan undang-undang sama ada secara bertulis atau lisan
selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan peruntukkan undang-undang lain
berhubung isu undang-undang yang berbangkit seperti draf rang undang-undang,
perjanjian, memorandum persefahaman, memorandum Jemaah Menteri, tafsiran
perundangan atau apa-apa isu perundangan yang melibatkan KPKM serta agensi-agensi di
bawahnya.
Sepanjang tahun 2023, sebanyak 167 pandangan dan nasihat perundangan bertulis telah
dikeluarkan oleh PPUU KPKM dan dalam masa yang sama sebanyak 392 mesyuarat telah
dihadiri yang memerlukan PPUU KPKM bagi memberikan nasihat dan pandangan
perundangan ke atas pelbagai isu di KPKM dan agensi-agensi di bawahnya.
b. Mengendalikan prosiding litigasi di mahkamah PPUU KPKM terlibat dalam membantu KPKM
dan agensi-agensi di bawahnya untuk mengendalikan prosiding litigasi di mahkamah seperti
berikut:
• mengambil tindakan guaman di mahkamah bagi pihak KPKM dan agensi-agensi di
bawahnya;
• mewakili KPKM dan agensi-agensi di bawahnya dalam tindakan guaman yang dimulakan
terhadapnya; dan
• menjalankan pendakwaan dan perbicaraan kes-kes jenayah bagi kesalahan-kesalahan
di bawah perundangan yang dikawal selia oleh KPKM serta agensi-agensi di bawahnya.
Pengendalian prosiding litigasi merangkumi penyediaan dan pemfailan kertas kausa di mahkamah,
sebagai contoh, pernyataan tuntutan, pembelaan, afidavit, notis permohonan, hujahan bertulis, ikatan
autoriti dan pernyataan saksi, menghadiri pengurusan dan perbicaraan kes di mahkamah serta kajian
perundangan yang mendalam berhubung kes tersebut.