Page 190 - KPKM
P. 190
189 | LAPORAN TAHUNAN ‘23
UNIT KOMUNIKASI
KORPORAT (UKK)
OBJEKTIF UNIT
a. Memastikan aktiviti-aktiviti Kementerian mendapat publisiti meluas melalui media
massa;
b. Memastikan khalayak sasar Kementerian memahami dan menerima program-
program Kementerian;
c. Memastikan acara-acara Majlis Rasmi dan kempen-kempen Kementerian dan acara
antarabangsa mendapat publisiti meluas secara professional melalui media massa;
d. Memberi khidmat sokongan kepada 13 Jabatan dan agensi di bawah Kementerian
Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
FUNGSI UNIT
a. Merancang, menyelaras dan melaksanakan program-program perhubungan awam dan
publisiti Kementerian secara sistematik dan teratur;
b. Memantau isu dan memberi maklumbalas mengenai aduan dan pertanyaan orang ramai
berkaitan Kementerian, Jabatan dan Agensi;
c. Merancang dan menyelaras strategi media melalui program-program yang dianjurkan oleh
Kementerian;
d. Memberi khidmat nasihat mengenai publisiti dan promosi kepada Jabatan dan Agensi di bawah
Kementerian;
e. Menjadi urusetia kepada Mesyuarat Pegawai-Pegawai Perhubungan Awam Kementerian,
Jabatan dan Agensi;
f. Membantu Kementerian dalam urusan penerbitan bahan-bahan bercetak;
g. Menyelaras permohonan lawatan dari dalam dan luar negara ke Kementerian;
h. Mengendalikan urusan perkhidmatan kaunter dan Pegawai Khidmat Pelanggan Kementerian;
i. Melaksanakan kajian maklum balas pelanggan mengenai perkhidmatan yang diberikan.