Page 195 - KPKM
P. 195

LAPORAN TAHUNAN ‘23 |     194




          PENGAUDITAN PENGURUSAN KEWANGAN
          Pengauditan Pengurusan Kewangan dijalankan untuk menilai tahap prestasi pematuhan terhadap
          pengurusan kewangan Jabatan/Agensi. Penilaian dijalankan berdasarkan kawalan dalaman yang
          diwujudkan dan pematuhan undang- undang dan peraturan yang ditetapkan serta penyelenggaran
          rekod yang lengkap dan kemaskini  dalam  aspek  pengurusan organisasi, bajet, pungutan hasil,
          perbelanjaan, amanah serta aset dan stor.

          Antara perkara utama yang disemak adalah seperti berikut :

              a.  Wujudnya kawalan dalaman yang mencukupi dan berkesan terhadap sistem dan prosedur
                  organisasi.
              b.  Undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuat kuasa dipatuhi.
              c.  Wujud struktur dan sistem pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan.
              d.  Rekod kewangan dan perakaunan telah diselenggarakan dengan lengkap dan kemas kini.

          Pengauditan yang dijalankan meliputi lapan kawalan utama iaitu Kawalan Pengurusan, Kawalan Bajet,
          Kawalan Terimaan, Kawalan Perolehan, Kawalan Perbelanjaan, Kawalan Kumpulan Wang/ Akaun Amanah
          dan Deposit, Kawalan Pengurusan Aset dan Stor serta Kawalan Pengurusan Kenderaan. Pengauditan
          ini dilaksanakan secara manual dengan menggunakan Senarai Semak Kertas Kerja  UAD  KPKM   (Mac
          2023). Pengauditan dijalankan dengan menyemak rekod dan dokumen kewangan bagi tempoh tahun
          2022 sehingga tempoh pengauditan tahun 2023. Rekod dan dokumen berkaitan bagi tahun sebelum juga
          akan disemak, sekiranya berkaitan.

          Selain itu, temu bual dengan pegawai yang terlibat turut diadakan bagi pengesahan dan perakuan
          maklumat  yang  diperolehi.  Pemeriksaan  fizikal  juga  dijalankan  untuk  memperkukuhkan  ketepatan
          penemuan Audit. Pada tahun 2023, Pengauditan Pengurusan Kewangan Penuh dan Kawalan Tertentu
          serta Susulan Pengauditan Pengurusan Kewangan telah dijalankan di peringkat Jabatan dan Bahagian
          di bawah KPKM melibatkan PTJ seperti berikut:
   190   191   192   193   194   195   196   197   198   199   200