Page 194 - KPKM
P. 194
193 | LAPORAN TAHUNAN ‘23
UNIT AUDIT
DALAM (UAD)
OBJEKTIF UNIT
UAD KPKM berperanan untuk membantu KPKM mencapai matlamat melalui pendekatan yang
sistematik dan berdisiplin bagi menambahbaik keberkesanan tadbir urus kewangan seperti merancang,
melaksanakan dan melaporkan penemuan Audit kepada jabatan/agensi di bawah KPKM serta memberi
khidmat nasihat mengenai isu-isu prosedur dan peraturan kewangan kepada jabatan/agensi di bawah
KPKM.
FUNGSI UNIT
a. Berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan (P.S 3.1) UAD merupakan satu fungsi bebas yang
memberi kepastian dan khidmat perundingan secara objektif untuk mendapat nilai dan
mempertingkat tahap operasi organisasi;
b. UAD bertanggungjawab menjalankan audit pengurusan kewangan, kawalan dalaman dan
rekod kewangan untuk menentukan sama ada perbelanjaan, hasil, aset dan stor telah diurus
mengikut undang-undang peraturan dan arahan yang berkaitan; dan
c. UAD juga turut menjalankan Audit prestasi yang merangkumi penilaian terhadap aktiviti
sesebuah organisasi untuk menentukan matlamatnya telah dicapai dan sumber digunakan
secara berhemat, cekap dan berkesan.
PENCAPAIAN UTAMA
Pelaksanaan Pengauditan Setakat 31 Disember 2023, pengauditan yang dilaksanakan secara keseluruhan
bagi tahun 2023 adalah sebanyak 31 pengauditan. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual berikut:
PENCAPAIAN PELAKSANAAN PENGAUDITAN BAGI TAHUN 2023
JENIS PENGAUDITAN SASARAN PENCAPAIAN PENCAPAIAN (%) Beza
Pengurusan Kewangan 8 8 100 -
Prestasi 3 2 67 (1)
Pengurusan Pematuhan (Perolehan) 4 4 100 -
Pengauditan ICT 1 1 100 -
Penampilan Audit 8 8 100 -
Pengesahan Baki Awal Aset dan Liabiliti
5 5 100 -
(Akruan)
Pejabat Perwakilan Pertanian Luar Negara 2 2 100 -
JUMLAH 31 30 97 (1)