Page 198 - KPKM
P. 198
197 | LAPORAN TAHUNAN ‘23
PENGAUDITAN ICT
Pengauditan ICT dijalankan untuk memastikan pengurusan ICT dilaksanakan dengan cekap, teratur
dan mematuhi garis panduan dan peraturan yang berkuatkuasa serta rekod dan dokumen berkaitan
diselenggara dengan lengkap dan kemas kini. Pada tahun 2023, hanya satu pengauditan ICT
dilaksanakan iaitu pengauditan terhadap sistem I-MAQIS (MAQIS Integrated Information System) di
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS). Objektif pengauditan tersebut
adalah untuk menilai sama ada sistem I-MAQIS dibangunkan dan diuruskan dengan cekap, berkesan,
berkualiti dan mengikut peraturan yang ditetapkan. Selain itu, ianya juga untuk menilai kebolehpercayaan
sistem dan integriti data terpelihara.
PENGAUDITAN PEMATUHAN (PEROLEHAN)
Pengauditan Pematuhan terhadap Pengurusan Perolehan dilaksanakan bagi memastikan ia
dilaksanakan secara teratur selaras dengan peraturan dan undang-undang bagi mengelakkan
berlakunya pembaziran, pemborosan, penyelewengan dan ketirisan. Pengauditan ini akan dilaksanakan
secara berfokus (deep dive) bagi mengenal pasti kelemahan yang wujud dan membantu Kerajaan
untuk mengurangkan nilai kerugian yang timbul akibat daripada elemen pembaziran, pemborosan,
penyelewengan (fraud) dan ketirisan (3P1K). Elemen 3P1K merupakan kelemahan dalam pengurusan
wang awam yang berlaku akibat daripada ketidakpatuhan terhadap undang-undang dan peraturan
kewangan yang berkuatkuasa. Sebanyak empat tajuk pengauditan perolehan telah dirancang dan telah
dilaksanakan dalam tahun 2023 seperti berikut:
a. Pembangunan Agrofood Park (AFP) Sedia Ada (DOA).
b. Perolehan Perkhidmatan Menaiktaraf, Menguji, Mengintegrasi, Melaksana Dan
Mentauliah Sistem Pengurusan Ebiosekuriti Perikanan (Eletronic Biosekuriti Perikanan
Management System – e-KANMAS) Untuk Jabatan Perikanan Malaysia.
c. Perolehan Membekal Input Kesuburan Tanah Bagi Kawasan IADA Barat Laut, Selangor.
d. Perolehan Membekal Dan Menghantar 420 Ekor Induk Lembu Pedaging Baka Kacukan
Tempatan Bagi Tujuan Pembiakan Kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar.