Page 197 - KPKM
P. 197
LAPORAN TAHUNAN ‘23 | 196
PENGAUDITAN PRESTASI
Berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan PS 3.1, antara tanggungjawab Unit Audit Dalam adalah
untuk menjalankan pengauditan prestasi yang merangkumi penilaian terhadap aktiviti KPKM untuk
menentukan matlamat telah dicapai dan sumber digunakan secara berhemat, cekap dan berkesan.
Pengauditan Prestasi adalah suatu pemeriksaan untuk menentukan sama ada urusan Kerajaan,
sistem, operasi, program, aktiviti atau organisasi beroperasi mengikut prinsip ekonomi, kecekapan dan
keberkesanan serta adanya ruang untuk penambahbaikan. Pengauditan prestasi yang dilaksanakan
memberi penekanan kepada elemen 3E iaitu Economy, Efficiency dan Effectiveness, pencapaian objektif
yang ditetapkan bagi membantu ke arah tadbir urus yang baik serta meningkatkan akauntabiliti sektor
awam. Pemilihan tajuk pengauditan prestasi adalah berdasarkan kepada risk assessment iaitu pemilihan
berasaskan matriks tertinggi yang merangkumi tujuh kriteria iaitu:
a. Impak berpotensi kepada pengauditan (ekonomi, kecekapan dan keberkesanan);
b. Risiko kepada pengurusan yang baik;
c. Materialiti kewangan;
d. Signifikan (kepentingan dari sudut dalaman);
e. Visibiliti (kepentingan dari sudut luaran);
f. Auditabiliti; dan
g. Liputan.
Pada tahun 2023, pengauditan prestasi telah dijalankan di peringkat Kementerian dan Jabatan KPKM
seperti berikut:
a. Pengauditan Terhadap Pembangunan Semula Infrastruktur Tanaman di Taman Botani
Negara, Shah Alam (TBNSA).
b. Projek Pengeluaran Benih Tanaman Berkualiti (DOA).
Lawatan Fizikal bagi pengauditan di TBNSA Shah Alam. Lawatan Fizikal bagi pengauditan Terhadap Projek
Pengeluaran Benih Tanaman Berkualiti (DOA).