Page 200 - KPKM
P. 200

199  |  LAPORAN TAHUNAN ‘23




          PENGESAHAN BAKI AWAL ASET DAN LIABILITI (AKRUAN)
          Perakaunan Akruan merupakan asas perakaunan bagi pelaporan kedudukan dan prestasi Kerajaan
          yang lebih tepat dan telus. Perubahan perakaunan tunai ubah suai kepada perakaunan akruan adalah
          menjurus kepada pengurusan fiskal yang lebih cekap dan berkesan. Mulai tahun 2021, UAD KPKM telah
          dipertanggungjawabkan menerima data aset alih daripada Bahagian Akaun, KPKM untuk disahkan.

          Salah satu tanggungjawab Pegawai Pengawal dalam memastikan pelaksanaan perakaunan akruan
          dibuat sewajarnya adalah dengan memastikan daftar aset dan liabiliti di Kementerian/ Jabatan/PTJ
          dikemas kini selaras dengan pekeliling dan peraturan yang berkuat kuasa. Pengemaskinian ini bertujuan
          untuk mendapatkan baki awal bagi pelaksanaan perakaunan akruan untuk dimasukkan ke sistem
          iGFMAS.

          Objektif pengauditan adalah untuk mengesahkan data baki awal aset dan liabiliti yang disediakan oleh
          Bahagian Akaun, KPKM adalah tepat dan bebas daripada sebarang kesilapan material sebelum data
          dimasukkan ke iGFMAS.

          Pada tahun 2023, UAD telah selesai menjalankan pengesahan data baki awal aset dan liabiliti bagi
          kedudukan sehingga 31 Disember 2023  seperti jadual berikut.

                        KEMENTERIAN/JABATAN/PTJ YANG TERLIBAT DENGAN PENGAUDITAN

               JENIS                                                                   TARIKH LAPORAN
                                                   PTJ
           PENGAUDITAN                                                                   DIKELUARKAN
                          1. Bahagian Dasar dan Pengurusan Strategik, KPKM.
                          2. Bahagian Pembangunan, KPKM.

                          3. Bahagian Kewangan, KPKM.
                          4. Ibu Pejabat Bahagian Pembangunan Industri Padi (BPIP).
           Kementerian
                          5. IADA Kalaka Saribas, Sarawak.
           Pertanian dan                                                                16.06.2023 (AA)
           Keterjaminan   6. IADA Samarahan, Sarawak.                              27.06.2023 (ABT dan ATAT)
             Makanan                                                                 21.07.2023 (AA dan ATK)
                          7. IADA Batang Lupar.
              (KPKM)
                          8. IADA Ketara.
                          9. IADA Pulau Pinang.
                          10. Pejabat Perwakilan Pertanian, Tokyo.

                          11. Projek Pertanian Moden, Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor.
   195   196   197   198   199   200   201   202   203   204   205