Page 204 - KPKM
P. 204
203 | LAPORAN TAHUNAN ‘23
UNIT
INTEGRITI (UI)
OBJEKTIF UNIT
a. Bertanggungjawab melaksanakan inisiatif penginstitusian integriti.
b. Meningkatkan tadbir urus, pematuhan, pengesanan salah laku dengan lebih fokus, terancang,
cekap dan mencapai keberhasilan yang optimum.
FUNGSI UNIT
a. Pengurusan Aduan
• Bertanggungjawab dalam pengurusan penerimaan maklumat/ aduan mengenai salah laku
jenayah rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan serta pelanggaran tatakelakuan dan
etika agensi bagi memastikan tindakan diambil ke atas setiap maklumat/ aduan. Pengurusan
aduan yang cekap adalah perlu dilaksanakan dan tidak terbatas kepada menyelia dan
memantau pengurusan penerimaan aduan tetapi juga bertanggungjawab untuk memastikan
kecekapan sistem aduan dilaksanakan.
b. Pematuhan
• Bertanggungjawab dalam melaksanakan pemantauan ke atas pematuhan undang-undang
dan peraturan yang berkuat kuasa di setiap agensi awam bagi memastikan tiada ruang dan
peluang untuk penjawat awam melakukan kesalahan dari segi jenayah mahupun tatakelakuan
dan etika.
c. Tadbir Urus
• Memastikan tadbir urus terbaik dilaksanakan di samping menangani isu-isu integriti,
terutamanya berkaitan perilaku rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam agensi.
d. Pengesanan dan Pengesahan
• Bertanggungjawab dalam melaksanakan pengesanan dan pengesahan terhadap aduan salah
laku jenayah, pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi yang diterima dan seterusnya
memastikan tindakan susulan sewajarnya diambil.
e. Pengukuhan Integriti
• Bertanggungjawab dalam memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan
budaya integriti dalam agensi melalui program-program pengukuhan dan penerapan nilai
murni.
f. Tatatertib
• Bertanggungjawab dalam melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib berdasarkan
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan kerja-kerja
pengurusan tatatertib.