Page 208 - KPKM
P. 208
207 | LAPORAN TAHUNAN ‘23
BICARA INTEGRITI BERDASARKAN MODUL PENGHAYATAN NILAI ISLAM (PNI)
Bagi melaksanakan arahan dalam Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2022: Garis Panduan Pelaksanaan
Penghayatan Nilai-Nilai Islam Dalam Perkhidmatan Awam bertarikh 2 Mac 2022, UI KPKM telah
menganjurkan sebanyak tiga (3) siri program Bicara Integriti yang terbuka kepada semua warga KPKM
seperti berikut:
• Siri 1: Forum bertajuk Mengintai Tabir Langit sempena Sambutan Israk dan Mikraj Tahun
2023M/1444H pada 21 Februari 2023 dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan (JAWI) Putrajaya.
• Siri 2: U-Turn ke Syurga sempena sambutan Ma’al Hijrah 1445H pada 1 Ogos 2023 yang
dilaksanakan dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad. Siri ini disampaikan oleh Ustaz
Haris Ismail (PU Riz) di Dewan Serbaguna KPKM, Wisma Tani.
• Siri 3: Kekasih Awal dan Akhir sempena sambutan Maulidur Rasul SAW Tahun 1445H/2023M
merupakan ceramah yang disampaikan oleh YBhg. Prof. Madya. Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff bin
Mohd Kashim, Timbalan Dekan UKM; yang diadakan dengan kerjasama Jabatan Perikanan
Malaysia dan Surau al-Kautsar, Wisma Tani.
Objektif pelaksanaan program Bicara Integriti berdasarkan PNI adalah seperti yang berikut:
• Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap amalan nilai-nilai murni agama Islam
dalam perkhidmatan bagi melahirkan warga KPKM mempunyai kekuatan spiritual, intelektual
dan emosi yang seimbang;
• Meningkatkan motivasi warga KPKM berasaskan nilai-nilai murni agama Islam bagi
meningkatkan produktiviti organisasi ini ke arah mencapai tadbir urus terbaik dalam
perkhidmatan (good governance);
• Memupuk nilai-nilai unggul berteraskan Maqasid Syariah ke arah pembentukan masyarakat
yang harmoni dan sejahtera khususnya dalam kalangan penjawat awam yang terdiri daripada
pelbagai agama, bangsa dan budaya; dan
• Mengurangkan salah faham terhadap Islam sebagai cara hidup khususnya dalam kalangan
warga KPKM.
Pencapaian dan manfaat kepada kumpulan sasaran:
• Jumlah kehadiran mencecah 250 orang bagi setiap siri terdiri daripada warga KPKM dan agensi
di bawah KPKM.
• Peserta mendapat kefahaman mengenai amalan dan nilai Islam dalam perkhidmatan awam
untuk melaksanakan integriti dan amalan terbaik sebagai budaya kerja warga Kementerian ini.