Page 207 - KPKM
P. 207

LAPORAN TAHUNAN ‘23 |     206




          SEMAKAN SEMULA KALAM ANTIRASUAH MAFI (KARMA) 2021-2025 BAGI TAHUN 2023
          Program semakan semula ini mengandungi 3 siri:

          Klinik 1:  Pemahaman dan Pra Semakan.
          Siri ini diadakan pada 16 Februari 2023 bertempat di Perpustakaan Wisma Tani bagi membincangkan:

              a.  Pengenalan mengenai kepentingan dan fungsi KARMA 2021-2025.
              b.  Penerangan mengenai peranan penyelaras pelaporan KARMA.
              c.  Penetapan hala tuju pelaksanaan pelaporan semasa KARMA.

          Klinik 2: Pengemaskinian Kebolehlaksanaan Inisiatif KARMA.
          Siri ini diadakan pada 21 Mac 2023, di Perpustakaan Wisma Tani bagi membincangkan :

              a.  Penerangan kaedah penyediaan pelaporan.
              b.  Semakan kebolehlaksanaan dan pengemaskinian pelaporan KARMA.
              c.  Pelan tindakan pelaksanaan dan penyiapan inisiatif KARMA.
          Klinik 3: Penilaian Semula Pengurusan Risiko MAFS.
          Siri ini diadakan pada 20-22 Ogos 2023 di iBis Hotel, Kuala Lumpur bagi membincangkan:

              a.  Membuat penilaian semula risiko-risiko rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan bagi
                  Kementerian
              b.  Mencadangkan tadbir urus yang terkini bagi menutup ruang dan peluang rasuah, salah guna
                  kuasa dan penyelewengan berdasarkan situasi/keperluan semasa.
              c.  Menyediakan deraf pelan pengurusan risiko rasuah Kementerian.


          Program ini melibatkan semua penyelaras KARMA daripada bahagian yang bertanggungjawab dengan
          tujuan seperti yang berikut:

              a.  Mengemaskini pemantauan, penilaian dan pelaporan pencapaian pelaksanaan KARMA bagi
                  tempoh 24 bulan.
              b.  Sebagai koordinasi dan keterlibatan bagi memastikan kebolehlaksanaan pelan tindakan
                  dengan lebih berkesan.
          Program ini berhasil menjadi medium pemudah cara dalam penyediaan pelaporan pencapaian KARMA
          dan memastikan keberkesanan KARMA berjaya menangani permasalahan yang timbul. Impak daripada
          program ini juga mendapati:

              a.  Hala tuju pelaksanaan inisiatif KARMA ditetapkan.
              b.  Kebolehlaksanaan inisiatif KARMA bagi tahun 2023 disemak dan dikemaskini.
              c.  Risiko-risiko rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan bagi KPKM dinilai semula dan
                  cadangan penambahbaikan inisiatif disyorkan.
   202   203   204   205   206   207   208   209   210   211   212