Page 205 - KPKM
P. 205

LAPORAN TAHUNAN ‘23 |     204




         PENARAFAN SEMULA RISIKO KPKM DAN AGENSI BAGI TAHUN 2023-2025

         Suruhanjaya  Pencegahan  Rasuah  Malaysia  (SPRM) melaksanakan  penilaian  risiko  setiap tiga  tahun.
         Bagi tahun 2023 hingga 2025, senarai penuh penilaian risiko KPKM dan agensi di bawah KPKM adalah
         seperti yang berikut :


               RISIKO                                                                               RISIKO
                                                     RISIKO SEDERHANA
               TINGGI                                                                              RENDAH
                            i. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM)

                            ii. Jabatan Pertanian (DOA)
                            iii. Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Putrajaya
                            iv. Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS)
               Institut
                            v. Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
             Penyelidikan                                                                          Jabatan
            dan Kemajuan    vi. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)                             Perikanan
              Pertanian                                                                             (DOF)
                            vii. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
           Malaysia (MARDI)
                            viii. Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
                            ix. Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)

                            x. Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
                            xi. Agrobank



          PEMATUHAN KAD PERAKAM WAKTU (KPW) TAHUN 2022

          Unit Integriti KPKM bagi tahun 2023 berjaya melaksanakan sesi penelitian, pemantauan dan pemeriksaan
          urusan dan rekod dokumen pentadbiran berkaitan pengurusan dan penggunaan Kad Perakam Waktu
          (KPW), pengurusan fail dan dokumen berkaitan cuti, kebenaran keluar pejabat, kebenaran keluar tugas
          rasmi dan semua perkara berkaitan pematuhan kehadiran pegawai dan pelaksana ke pejabat; dan
          pematuhan waktu bekerja tahun 2022 pegawai dan pelaksana di semua 24 bahagian/unit/pejabat di
          KPKM bermula Januari hingga Disember 2023.
          Sesi yang melibatkan semua pegawai dan pelaksana di Bahagian/Unit/Pejabat di KPKM ini bertujuan :

              a.  Memantau dan menyelia
              b.  memeriksaan dokumen
              c.  mengesan; dan
              d.  mengesyor penambahbaikan berkaitan pematuhan KPW
   200   201   202   203   204   205   206   207   208   209   210