Page 210 - KPKM
P. 210

209 |  LAPORAN TAHUNAN ‘23




          KARNIVAL INTEGRITI PERINGKAT KPKM TAHUN 2023
          Bertemakan Integriti: Buat Betul-betul!, UI KPKM dengan kerjasama semua UI di bawah KPKM buat julung-
          julung kalinya telah berjaya menganjurkan Karnival Integriti KPKM Tahun 2023.

          Karnival ini diadakan bersempena sambutan Hari Integriti yang diraikan pada 5 November setiap tahun,
          bertujuan memperkasa imej Kementerian sebagai organisasi yang berintegriti, selain mengukuhkan
          sinergi dan semangat kekitaan serta nilai kebersamaan dalam membudayakan kerja secara berpasukan
          dalam kalangan bahagian, agensi dan seluruh warga KPKM, termasuk dengan Kelab, PUSPANITA dan
          Surau.

          Tarikh               :   12 Oktober 2023
          Masa                 :   8.00 Pagi - 6.00 Petang
          Tempat               :   Dewan Serbaguna KPKM, Wisma Tani
          Nama perasmi         :   YBhg. Datuk Badrul Hisham Mohd Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan)
          Sasaran              :   Semua warga KPKM dan agensi
          Objektif:            :   Membudayakan integriti dalam kalangan penjawat awam di KPKM dengan
                                   penganjuran aktiviti pencegahan dan pendidikan melalui pameran dan aktiviti
                                   sepanjang karnival ini.

          Kandungan Karnival Integriti :
              a.  Bicarawara Intergiti: Berpijak Pada Bumi Yang Sama. Forum santai ini merupakan
                  perkongsian pengalaman yang disampaikan oleh bekas-bekas penjawat awam yang telah
                  menjalani hukuman atas kesalahan rasuah.
              b.  Pertandingan video Tiktok berkaitan integriti.
              c.  Pameran dari agensi kerajaan dan badan berkanun
              d.  Jualan Agro Madani dan usahawan asas tani
              e.  Integrity games
              f.  Persembahan khas anak-anak Taska Si Comel

          Pencapaian Karnival Integriti :

              a.  Kehadiran sesi pagi: 250 orang. Kehadiran sesi petang: 150 orang
              b.  Pengisian: 70% sangat memuaskan dan 30% memuaskan
              c.  Komitmen serius pengurusan tertinggi Kementerian dalam membudayakan integriti dalam
                  kalangan seluruh warga KPKM dizahirkan.
              d.  Pembudayaan integriti terbaik dan menyeluruh dalam perkhidmatan (good governance)
                  dijadikan amalan kerja warga KPKM.
   205   206   207   208   209   210   211   212   213   214   215