Page 209 - KPKM
P. 209
LAPORAN TAHUNAN ‘23 | 208
Forum bertajuk Mengintai Tabir Langit U-Turn ke Syurga
IKRAR BEBAS RASUAH
Berlangsung sempena Forum Eksekutif Merdeka, satu program Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang melibatkan
seramai 180 orang pegawai pengurusan tertinggi Kementerian, jabatan dan agensi termasuk anak
syarikat telah dilaksanakan di hadapan Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM), YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam bin Baki pada 17 Ogos 2023 di Dewan Tan Sri Abu Zahar, Menara
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Kuala Lumpur.
IBR ini turut disaksikan oleh Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Dato’ Seri Haji
Mohamad bin Sabu, yang hadir menyampaikan ucapan sempena perasmian penutup program tersebut.
Forum Eksekutif Merdeka & Ikrar Bebas Rasuah KPKM