Page 206 - KPKM
P. 206

205 |  LAPORAN TAHUNAN ‘23




          Hasil daripada pemeriksaan di semua bahagian, UI KPKM mendapati bahawa sesi ini berjaya :
              a.  Memperkukuh kawalan dalaman dan pemantauan kepada pengurusan dan pentadbiran serta
                  penyeliaan oleh Ketua Jabatan/ Penyelia secara berterusan merujuk kepada Peraturan-
                  Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 dan Surat Pekeliling Am Bil.11 Tahun
                  1981 – “Sistem Penggunaan Kad Perakam Waktu (Punch Card) di Pejabat-Pejabat Kerajaan”;
                  dan

              b.  Pada keseluruhannya, pengurusan dan pentadbiran KPW di semua bahagian & unit di KPKM
                  adalah di tahap baik dan mempunyai ruang dan masa untuk penambahbaikan dalam
                  pengurusan, pemantauan dan penggunaan KPW sejajar dengan kepatuhan dan penetapan
                  peraturan waktu bekerja yang berkuatkuasa.


          Manfaat kepada kumpulan sasaran:

              i.  Pengurusan Tertinggi KPKM: Meneliti dan mengkaji keperluan untuk mewujudkan penggunaan
                  sistem kehadiran secara elektronik/digital di semua bahagian/unit selaras perkembangan
                  teknologi dan era digitalisasi, dengan mengambil kira kos yang bersesuaian;
              ii.  Khidmat Pengurusan: Mewujudkan satu dasar atau polisi dalaman di KPKM berkaitan tatacara
                  kehadiran ke pejabat dengan mengutamakan aspek penyeliaan dan pemantauan  secara
                  berterusan.

              iii.  Warga KPKM: Mempertingkatkan kerjasama dan kebersamaan bahagian/ unit di KPKM dengan
                  UI dalam melaksanakan program kesedaran dan pengukuhan integriti mengikut analisa
                  keperluan dan kehendak yang telah dikenal pasti secara kolektif.
   201   202   203   204   205   206   207   208   209   210   211