Page 203 - KPKM
P. 203

LAPORAN TAHUNAN ‘23 |     202




              d.  Memastikan tidak terdapat sekatan atau batasan yang tidak wajar yang boleh menjejaskan
                  pelaksanaan audit dalaman dan UAD diberikan akses yang sesuai pada maklumat dalam
                  pelaksanaan tugasnya;
              e.  Memastikan UAD mempunyai sumber yang mencukupi dan kakitangan yang kompeten bagi
                  membolehkan ia berfungsi dengan berkesan;
              f.  Mengkaji laporan daripada UAD dan Jabatan Audit Negara untuk memastikan semua isu yang
                  dilaporkan diselesaikan dengan memuaskan dan memperakukan tindakan susulan; dan
              g.  Menimbangkan hasil/syor apa-apa kajian semula dalaman tentang keberkesanan fungsi audit
                  dalaman untuk meningkatkan prestasi dan jaminan kualiti audit dalaman.
          JKA dipengerusikan oleh KSU dan keahlian tetap adalah Timbalan KSU (Pembangunan), Timbalan KSU
          (Dasar), SUBK Pengurusan, SUB Pembangunan, SUB Sekuriti Makanan, SUB Kewangan, SUB Pengurusan
          Manusia,  SUB  Pentadbiran, SUB Pengurusan  Maklumat,  Ketua  Akauntan,  Penasihat  Undang- Undang,
          Ketua Unit Integriti dan Ketua Unit Audit Dalam. Sebagai Pengerusi ganti, salah seorang daripada Timbalan
          KSU akan mempengerusikan Mesyuarat JKA semasa ketiadaan Pengerusi.

          Pada tahun 2023, JKA telah mengadakan mesyuarat sebanyak empat kali bagi membentangkan laporan
          pengauditan seperti dalam Jadual berikut.





















                          Mesyuarat Jawatankuasa Audit KPKM yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPKM.



                                   BILANGAN MESYUARAT JAWATANKUASA AUDIT

                                                              TARIKH MINIT JKA DIHANTAR    BILANGAN LAPORAN
           Bil.    MESYUARAT JKA        TARIKH MESYUARAT
                                                                 KE PERBENDAHARAAN             DIBENTANG
            1.  Bilangan 1 Tahun 2023        10.01.2023                12.01.2023                   1

           2.   Bilangan 2 Tahun 2023        10.04.2023                14.04.2023                   2

           3.   Bilangan 3 Tahun 2023        10.07.2023                14.07.2023                   3
           4.   Bilangan 4 Tahun 2023        12.10.2023                14.10.2023                   6
   198   199   200   201   202   203   204   205   206   207   208