Page 178 - KPKM
P. 178
177 | LAPORAN TAHUNAN ‘23
MESYUARAT PENGURUS ICT KPKM
Mesyuarat Pengurus ICT KPKM telah diadakan di Raia Hotel & Convention Centre, Kedah dari 27 hingga 29
Oktober 2023. Bengkel ini dihadiri oleh semua Pengurus ICT dan wakil IT daripada Jabatan serta Agensi di
KPKM.
Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah menghimpunkan penyertaan inklusif Pengurus ICT Kementerian /
Jabatan / Agensi di bawah KPKM, disamping mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara Kementerian
dan pentadbiran ICT di Jabatan / Agensi. Pelbagai pengisian telah dilaksanakan sepanjang mesyuarat
ini berlangsung seperti pembentangan kertas kerja, perkongsian maklumat dan perbincangan usul
daripada Jabatan / Agensi.
Selain itu, mesyuarat ini turut dilengkapkan dengan lawatan kerja ke Projek Ladang IR 4.0 MADA di
Kepala Batas MADA dan Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Kedah bagi melihat
dan memberi pendedahan terhadap teknologi ICT terkini, penggunaan Internet of Things (IOT) dan
pengurusan tatakelola yang cekap.
Mesyuarat turut melaksanakan perkongsian pengisian daripada Perunding ICT MAMPU dengan tajuk
“Pengurusan Projek ICT Sektor Awam (PPrISA)” dan perkongsian daripada Jabatan Audit Negara (JAN)
berkenaan Sesi Perkongsian Penemuan Audit Projek ICT.