Page 156 - KPKM
P. 156

155  |  LAPORAN TAHUNAN ‘23



          BAHAGIAN

          KEWANGAN (K)




          OBJEKTIF BAHAGIAN
              a.  Menyediakan perkhidmatan pengurusan kewangan yang menepati keperluan dan
                  kehendak pihak ‘stakeholders’.
              b  Memberi perkhidmatan pengurusan perolehan dan aset yang cekap dan
                  menguntungkan kerajaan mengikut prosedur kewangan yang berkuat kuasa.
              c.  Menyedia, memantau dan mengawal peruntukan dan perbelanjaan tahunan agar
                  mencapai penggunaan optima yang berkesan.
              d.  Meningkatkan kompetensi dan kecekapan kakitangan Kementerian dalam pengurusan
                  kewangan menerusi latihan yang berterusan


          FUNGSI BAHAGIAN
              a.  Mengurus terimaan & pembayaran bil-bil dan bayaran gaji bagi Ibu Pejabat Kementerian
                  Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Malaysia (KPKM);
              b.  Memastikan Akaun Amanah di bawah KPKM diselenggara mengikut peraturan
                  kewangan yang ditetapkan;
              c.  Melaksanakan mekanisma kawalan kewangan & perbelanjaan melalui Mesyuarat
                  Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) peringkat Ibu Pejabat &
                  Kementerian setiap suku tahun, Januari, April, Julai, Oktober;
              d.  Melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK)
                  peringkat Ibu Pejabat & Kementerian setiap suku tahun Januari, April, Julai, Oktober;
              e.  Mengemukakan laporan JPKA setiap suku tahun ke Perbendaharaan Januari, April,
                  Julai, Oktober;
              f.  Mengurus dan menyelaras perkara-perkara berkaitan pertanyaan Audit dan
                  Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara termasuk pertanyaan Jabatan Audit Negara
                  dan Unit Audit Dalam;
              g.  Mengurus urusan perolehan Ibu Pejabat Kementerian dan menjadi urus setia Lembaga
                  Perolehan KPKM (LP KPKM);
              h.  Urus setia Pengurusan Aset (UPA) Kementerian;
              i.  Menyedia dan menguruskan Anggaran Belanjawan Tahunan Kementerian;
              j.  Melaksanakan kawalan perbelanjaan peruntukan Kementerian;
              k.  Menyelaras pembentangan Laporan Tahunan & Penyata Kewangan Badan-Badan
                  Berkanun di bawah KPKM ke Mesyuarat Jemaah Menteri & Persidangan Parlimen; dan
              l.  Mengurus laporan penyesuaian peruntukan Dana Khas Kerajaan Persekutuan.
   151   152   153   154   155   156   157   158   159   160   161