Page 36 - KPKM
P. 36

35   |  LAPORAN TAHUNAN ‘23




          PROGRAM PEMBANGUNAN AGROPRENUER MUDA SISWAZAH

          Dalam usaha untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif yang lebih berimpak tinggi dan berfokus, KPKM
          sentiasa meneroka ruang kerjasama dengan pihak pemegang taruh yang berpotensi terutamanya
          untuk menarik golongan belia melalui inovasi dan teknologi dalam bidang pertanian dan agromakanan.
          Untuk memperkukuhkan lagi Program Agropreneur Muda KPKM telah bersama-sama institusi pengajian
          tinggi, Agrobank Centre of Excellence dan juga syarikat-syarikat peneraju telah melaksanakan program
          kerjasama strategik melalui Prgram Pembangunan Agropreneur Muda Siswazah. Seramai 96 peserta
          telah terpilih untuk melaksanakan projek-projek pertanian di bawah program ini.

          Kriteria pemilihan peserta bagi program ini melibatkan siswazah dari institusi pendidikan tinggi yang
          berumur antara 18 hingga 40 tahun. Pemilihan ini juga diselarikan dengan kriteria dalam Garis Panduan
          Program Aggropreneur Muda. Selain itu, kriteria pemilihan juga akan mengutamakan golongan asnaf
          dan kumpulan B40. Saringan peserta melalui temudugadilaksanakan bagi mengenal pasti calon yang
          benar-benar mempunyai potensi dan boleh memberikan komitmen sepanjang pelaksanaan program.

          Bagi tahun 2023, sejumlah RM1,804,320.00 telah diperuntukkan di bawah program kerjasama strategik ini
          melibatkan institusi pengajian tinggi seperti yang berikut:



           No.            Jumlah Kursus                     Jumlah Peserta Sebenar           JUMLAH PESERTA


                                                   Program Inkubator

            1.     Universiti Putra Malaysia (UPM)            Melon, Cili dan Puyuh                 25

            2.     Universiti Teknologi MARA (UiTM)              Jagung manis                       20

                                                    Ternakan kambing dan tanaman fertigasi/
            3.    Universiti Malaysia Kelantan (UMK)                                                20
                                                                   hidroponik

            4.     Universiti Kuala Lumpur (UniKL)            Ternakan rumpai laut                   6


            5.     Universiti Malaysia Sabah (UMS)                 Akuakultur                       10


          Berdasarkan maklum balas yang diterima daripada pihak usahawan, program ini dilihat telah membuka
          peluang untuk agropreneur meluaskan jaringan hubungan (networking) dalam kalangan mereka yang
          berkecimpung dalam subsektor yang sama. Selain itu, ia juga memberi peluang kepada para agropreneur
          yang baharu memulakan projek kurang dari lima tahun untuk menimba ilmu dan pengetahuan dari
          agropreneur yang telah berjaya mengembangkan projek dan perusahaan ke peringkat lebih tinggi
          merangkumi aspek pemasaran produk dan juga teknologi untuk meningkatkan hasil dan kualiti produk.
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41