Page 40 - KPKM
P. 40
39 | LAPORAN TAHUNAN ‘23
Pada tahun 2023, peruntukan yang diterima bagi Program Pembangunan Modal Insan adalah sebanyak
RM1.5 Juta yang melibatkan 188 buah kursus/latihan serta dihadiri oleh 5,396 orang usahawan.
Selain melahirkan pengusaha agromakanan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, Program
PMI juga dapat menghasilkan kesan langsung dan limpahan seperti berikut:
a. Peningkatan Produktiviti: Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh dari kursus,
peserta dapat meningkatkan produktiviti dan kecekapan operasi perusahaan mereka. Ini boleh
membawa kepada hasil yang lebih baik dan kos yang lebih rendah;
b. Pemerkasaan Komuniti: Kursus keusahawanan pertanian juga boleh menggerakkan
pemerkasaan komuniti setempat dengan menyediakan peluang untuk berkongsi
pengetahuan dan sokongan antara peserta kursus dan komuniti pertanian lain; dan
c. Peningkatan Kesejahteraan Sosial: Kursus keusahawanan pertanian juga boleh memberi
kesan positif terhadap kesejahteraan sosial komuniti, dengan meningkatkan pendapatan dan
peluang pekerjaan tempatan serta menyumbang kepada kesedaran akan kelestarian alam
sekitar.