Page 45 - KPKM
P. 45
LAPORAN TAHUNAN ‘23 | 44
PRESTASI PEMBANGUNAN KPKM TAHUN 2023
KPKM telah menerima peruntukan pembangunan tahun 2023 sebanyak RM1.62 bilion bagi melaksanakan
projek-projek merangkumi pelaksanaan projek fizikal seperti pembinaan infrastruktur pengairan,
program-program (bukan fizikal), bantuan input pertanian dan pembiayaan kepada kumpulan sasar.
Pada tahun 2023, KPKM telah mencatatkan prestasi perbelanjaan 97.7% atau sebanyak RM1.41 billion
dibelanjakan daripada keseluruhan jumlah peruntukan yang diterima setelah mengambil kira sekatan
peruntukan berjumlah RM166 juta. Terdapat 0.9% penurunan peratus perbelanjaan pada tahun 2023
berbanding 2022 yang mencatatkan prestasi perbelanjaan 98.6% sebanyak RM1.32 bilion dibelanjakan
daripada RM1.53 bilion yang telah diperuntukkan. Peruntukan yang diterima ini telah dimanfaatkan
melalui pelaksanaan 435 buah projek yang merentasi pelbagai sub sektor termasuk padi dan beras,
perikanan, pertanian dan ternakan.
Krisis tenaga dan keterjaminan makanan masih menjadi antara ancaman utama ekonomi dunia
termasuk Malaysia. Berdasarkan analisis prestasi pelaksanaan projek pembangunan sepanjang Rolling
Plan (RP) 3 2023, beberapa isu telah dikenal pasti sebagai faktor penyumbang penurunan prestasi
pelaksanaan projek sekaligus memberi impak terhadap status perbelanjaan Kementerian. Antaranya
adalah kekangan pekerja, kelemahan pengurusan dan kewangan projek, bencana alam, bekalan bahan
mentah, kenaikan harga barang dan proses perolehan.
Bahagian Pembangunan komited dalam memastikan pelaksanaan projek-projek pembangunan
berjalan dengan lancar agar agenda KPKM sebagai peneraju sektor pertanian dan keterjaminan
makanan dapat dijayakan demi kepentingan rakyat dan negara.
PROGRAM DAN AKTIVITI
a. Taklimat Permohonan Peruntukan Projek/Program Pembangunan RP4 RMKe12 dan Taklimat Modul
Pemantauan Sistem MyProjek pada 30 hingga 31 Januari 2023 di Swiss Garden Hotel, Kuala Lumpur.