Page 44 - KPKM
P. 44

43   |  LAPORAN TAHUNAN ‘23



          BAHAGIAN
          PEMBANGUNAN (BPEM)





          OBJEKTIF BAHAGIAN
              a.  Menyelaras bajet pembangunan Bahagian/Jabatan/Agensi selaras Dasar
                  Agromakanan Negara (DAN 2.0) 2021-2030 dan dasar-dasar kerajaan yang berkaitan;
              b.  Memastikan Bahagian/Jabatan/Agensi melaksanakan program/projek pembangunan
                  Kementerian mengikut perancangan; dan
              c.  Memantau pelaksanaan program/projek bagi memastikan keberhasilan tercapai.


          FUNGSI BAHAGIAN
              a.  Memantau prestasi program dan projek pembangunan daripada segi kewangan dan
                  fizikal di Bahagian/Jabatan/Agensi;
              b.  Menilai impak dan outcome program/projek pembangunan Bahagian/Jabatan/
                  Agensi;
              c.  Merancang dan menyelaras perkara berkaitan peruntukan Rancangan Malaysia Lima
                  Tahun di bawah Kementerian dengan agensi pusat iaitu Kementerian Ekonomi, Unit
                  Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU) dan Kementerian Kewangan
                  (MOF);
              d.  Focal point bagi penyelarasan siling, maklumat dan skop projek pembangunan
                  Kementerian;
              e.  Mengurus pelaksanaan dan mengemaskini maklumat program/projek Bahagian/
                  Jabatan/Agensi di dalam laporan sistem MyProjek; dan
              f.  Menjadi urusetia kepada :
                  • Jawatankuasa Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian (MTPK);
                  • Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian (JTPK).
                  • Jawatankuasa Kerja Penilaian Outcome (JKPO);
                  • Jawatankuasa Pengurusan dan Pemantauan Tanah Persekutuan (JPPT);
                  • Jawatankuasa Penyewaan Tanah dan Ruang Bangunan (JPTRB);
                  • Jawatankuasa Contract Coordination Panel (CCP); dan
                  • Jawatankuasa Tuntutan Loss and Expense Tender Kerja ; dan
                  • Jawatankuasa Teknikal Pelaksanaan Projek Fizikal KPKM (JTPPFK).
   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49