Page 41 - KPKM
P. 41
LAPORAN TAHUNAN ‘23 | 40
PUSAT PEMPROSESAN, PEMBUNGKUSAN DAN PEMASARAN (3P)
Program Pusat Pemprosesan, Pembungkusan dan Pemasaran (3P) Industri Asas Tani (IAT) ini bertujuan
untuk menggalakkan keusahawan dengan menyediakan akses kepada premis perniagaan, kemudahan
dan infrastruktur lain berkaitan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
Objektif utama program ini adalah:
a. Membangunkan kluster IAT berasaskan makanan;
b. Meningkatkan kualiti dan keselamatan makanan; dan
c. Meningkatkan pembangunan teknologi dan inovasi.
Program 3P IAT dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dengan
kerjasama Jabatan/Agensi sebagai Jabatan/Agensi Pembimbing. Pada tahun 2023, sebanyak 28 buah
Pusat 3P yang dimiliki oleh Jabatan/Agensi di bawah (KPKM) telah dinaik taraf melibatkan peruntukan
sebanyak RM2,674,115.87. Bagi program ini, sebanyak 28 buah Pusat 3P telah menerima penambahbaikan
melalui pengubahsuaian susun atur dan binaan bangunan bagi mematuhi kehendak pensijilan tempatan
dan antarabangsa seperti pensijilan Halal, Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI), Amalan
Pengilangan Baik (GMP) dan Analisis Mudharat dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP).