Page 43 - KPKM
P. 43

LAPORAN TAHUNAN ‘23 |      42



          PROGRAM REZEKI TANI

          Program Rezeki Tani merupakan sebuah program pembasmian kemiskinan dan peningkatan
          pendapatan yang selari dengan matlamat yang ditetapkan di dalam Dasar Agromakanan Negara 2.0
          (DAN 2.0), iaitu mensasarkan peningkatan pendapatan bulanan pengeluar makanan yang majoritinya
          kumpulan pendapatan B40.

          Secara khususnya, matlamat program adalah untuk membolehkan peserta dipilih meningkatkan
          pendapatan isi rumah melalui projek-projek ekonomi seperti aktiviti pengeluaran /pemprosesan/
          pengedaran/pemasaran berkaitan ataupun pertanian, penternakan dan perikanan. Projek-projek
          ekonomi yang dilaksana  memberi tumpuan kepada jenis-jenis projek yang mengeluarkan hasil dalam
          tempoh yang pendek (Quick Win Project) iaitu di antara 3 hingga 6 bulan pelaksanaan, berpotensi
          memberi pulangan yang baik, produk / perkhidmatan yang mudah dipasarkan, berdaya maju (viable),
          berdaya tahan (sustainable) serta mengikut kesesuaian persekitaran dan tempat. Program Rezeki Tani
          dilaksanakan seluruh Malaysia  termasuk Sabah dan Sarawak.

          Pelaksanaan program Rezeki TANI diselaraskan oleh Bahagian IMAT dengan dibantu oleh jabatan dan
          agensi di bawah KPKM iaitu DOA, DOF, DVS, FAMA, LPP, LKIM, LPNM, MARDI, MADA dan KADA. Kumpulan
          sasaran peserta terdiri daripada golongan miskin dan isi rumah berpendapatan di bawah Paras Garis
          Kemiskinan (PGK) semasa. Kadar bantuan maksimum bagi seorang peserta adalah sebanyak RM10,000
          meliputi pemberian in-kind dan latihan mengikut keperluan projek peserta. Jabatan dan Agensi pelaksana
          di  bawah  Kementerian  sentiasa  memastikan  proses bancian peserta  di lapangan  dibuat  mengikut
          prosedur yang telah ditetapkan dalam mengenal pasti calon yang layak dan memenuhi kriteria-kriteria
          yang diperlukan. Program ini telah memanfaatkan lebih 554 orang seperta sejak tahun 2021. Jumlah
          peserta bagi tahun 2021 adalah seramai 201 orang peserta, pada tahun 2022 pula seramai 198 peserta
          dan pada tahun 2023, seramai 181 peserta telah diluluskan untuk menerima bantuan daripada program
          ini. Jumlah ini  melebihi sasaran awal iaitu 180 orang peserta setiap tahun.
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48