Page 69 - KPKM
P. 69

LAPORAN TAHUNAN ‘23 |      68



          DIALOG BELANJAWAN 2024

          Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 9 Ogos 2023 telah bersetuju supaya semua kementerian turut
          terlibat dalam menganjurkan Dialog Belanjawan 2024 di peringkat kementerian masing-masing mulai
          20 Ogos hingga 15 September 2023. Keputusan Kerajaan ini adalah bagi memantapkan lagi penyediaan
          dokumen Belanjawan 2024 agar lebih inklusif dan komprehensif mengambil kira input semua pihak
          berkaitan.  Sehubungan dengan  itu, KPKM  telah  mengadakan  enam (6)  sesi  Dialog  Belanjawan 2024
          dengan melibatkan pemain industri dan pihak berkepentingan mengikut subsektor masing-masing
          seperti berikut:


           Bil.      SUBSEKTOR               TARIKH                      TEMPAT                  KEHADIRAN
            1.  Perikanan (Tangkapan)     23 Ogos 2023      Hotel De Palma, Shah Alam, Selangor      150

            2.        Ternakan            26 Ogos 2023           MAEPS, Serdang, Selangor            123
            3.       Pemasaran          4 September 2023           Wisma Tani, Putrajaya             68
            4.        Tanaman           5 September 2023         IDCC, Shah Alam, Selangor           94

            5.  Perikanan (Akuakultur)  6 September 2023              PICC, Putrajaya                110
            6.      Padi dan Beras      7 September 2023         MARDI, Serdang, Selangor            320

                                           JUMLAH KEHADIRAN                                          865

          Pelbagai cadangan dan pandangan telah diterima daripada golongan sasar melalui beberapa siri
          sesi libat urus yang dilaksanakan termasuk penambahbaikan infrastruktur, pengukuhan tenaga kerja,
          penyediaan insentif, sokongan pembiayaan, pemerkasaan pemasaran, pembangunan sistem data raya
          serta pemantapan penguatkuasaan. Input-input yang diterima telah diteliti oleh KPKM untuk diambil kira
          dalam penyediaan inisiatif Belanjawan 2024 untuk pertimbangan Kementerian Kewangan (MOF).


















             Sesi Dialog Belanjawan 2024 Subsektor Padi Dan Beras Dirasmikan oleh YB Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
                           pada 7 September 2023 di Dewan Tan Sri Yusuf Hashim, Ibu Pejabat MARDI, Serdang.


          Barisan panel terdiri daripada YB Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Ketua Pengarah
          Kawal Selia Padi dan Beras, Ketua Pengarah MARDI dan Pengarah Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman,
          Jabatan Pertanian.
   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74