Page 74 - KPKM
P. 74
73 | LAPORAN TAHUNAN ‘23
ii. 10th Meeting of the National Contact Points and 8th Steering Committee of the ASEAN Rapid
Alert System for Food and Feed National Contact Point (ARASFF NCP) telah diadakan pada 11
dan 12 April 2023 secara maya. Mesyuarat telah membincangkan berkaitan isu-isu kerangka
dasar, kemajuan kerjasama keselamatan makanan serantau serta outcome yang perlu dicapai
untuk tahun 2022 dan cadangan pencapaian utama bagi tahun 2023. Mesyuarat tersebut turut
membincangkan Nota Konsep mengenai The Development of Guidelines For Reporting Of Food
Businesses To ARASFF National Contact Point yang dibentangkan oleh Filipina. Malaysia turut
memberi komen bahawa ASEAN Member States (AMS) sepatutnya memberi keutamaan dan
tumpuan bagi memperkukuhkan mekanisme semasa sebagai panduan dengan penglibatan
khusus oleh Competant Authority (CA) dan ARASFF NCP. Malaysia turut mencadangkan untuk
melibatkan Fixed-Base Operator (FBO) untuk membangunkan draf garis panduan dan perlu
dimuktamadkan di peringkat kebangsaan oleh AMS. Seterusnya, latihan boleh disediakan
termasuk kepada FBO.
Delegasi yang menyertai United Climate change Conference of The Parties-28.
KERJASAMA PENGURUSAN DATA SERANTAU
Projek ASEAN Food Security Information System (AFSIS) telah dimulakan pada tahun 2003 berikutan
peningkatan kesedaran terhadap keselamatan makanan dalam kalangan komuniti ASEAN melalui
pengumpulan, analisis dan penyebaran maklumat yang sistematik berkaitan keterjaminan makanan.
Malaysia melalui Bahagian DPS, merupakan focal point dalam kerjasama pengurusan data serantau
untuk menyediakan maklumat bagi penerbitan di peringkat AFSIS. Selain itu, ahli AFSIS turut menyokong
inisiatif dalam pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).