Page 75 - KPKM
P. 75

LAPORAN TAHUNAN ‘23 |      74




          Pada tahun 2023, sebanyak tiga (3) program telah dianjurkan oleh pihak AFSIS yang turut dihadiri oleh
          pegawai KPKM seperti berikut:


              i.        The 21st ASEAN Food Security Information System (AFSIS) Focal Point Meeting di Vientiane,
                        Lao PDR pada 17 dan 18 Mei 2023. Objektif utama mesyuarat ini adalah untuk memaklumkan
                        negara anggota tentang pencapaian AFSIS sepanjang tahun 2022. Selain itu, mesyuarat
                        juga turut mempertimbangkan perancangan kerja pada tahun 2023. Malaysia telah
                        dilantik mengikut penggiliran abjad untuk menjadi tuan rumah kepada The 22nd AFSIS
                        Focal Point Meeting pada mesyuarat tersebut.
              ii.       The 1st Regional Workshop on the SAFER Project di Bangkok, Thailand pada 29 dan 30
                        Ogos 2023. Objektif utama program ini adalah untuk membincangkan dan
                        memuktamadkan komoditi tambahan yang akan diliputi dalam pangkalan data AFSIS,
                        laporan Agricultural  Commodity  Outlook (ACO) dan  Early  Warning Information (EWI)
                        termasuk  definisi  dan  metodologi  mengumpul  data.  Seramai  24  peserta  dari  negara
                        ASEAN Campur Tiga telah menghadiri program ini termasuk Malaysia, Brunei Darussalam,
                        Cambodia, Indonesia, Lao PDR, Myanmar, Philippines, Singapore, Thailand, Vietnam dan
                        Japan.
                  iii.   The 2nd Regional Workshop on the SAFER Project di Bangkok, Thailand pada 12 dan 13
                        Disember 2023. Objektif program ini adalah untuk mendedahkan peserta kepada teori
                        dan kemahiran praktikal berkaitan penggunaan perisian  International  Asian  Harvest
                        Monitoring System for Rice (INAHOR) yang dibangunkan oleh Japan Aerospace Exploration
                        Agency (JAXA) menggunakan satelit ALOS-2 untuk menganggarkan keluasan kawasan
                        tanaman padi. Seramai 33 peserta dari negara ASEAN Campur Tiga telah menghadiri
                        program  ini  secara  fizikal  dan  atas  talian  termasuk  Malaysia,  Brunei  Darussalam,
                        Cambodia, Indonesia, Lao PDR, Myanmar, Philippines, Singapore, Thailand, Vietnam, Japan,
                        China dan Korea.
   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80