Page 78 - KPKM
P. 78
77 | LAPORAN TAHUNAN ‘23
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KAPASITI
DAN LATIHAN PERTANIAN (BPKLP)
OBJEKTIF BAHAGIAN
a. Melahirkan usahawan tani yang berdaya saing, moden dan kreatif; dan
b. Melahirkan tenaga kerja mahir sektor pertanian meliputi semua peringkat pekerjaan iaitu pekerja
mahir, penyelia dan pengurusan.
FUNGSI BAHAGIAN
a. Menyedia pakej latihan, kemudahan pembelajaran dan tenaga pengajar mahir dan
berpengalaman berasaskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) bidang
pertanian;
b. Menyedia dan menyemak kesesuaian NOSS dari semasa ke semasa;
c. Menyelaras semua pusat latihan kemahiran pertanian di bawah kementerian;
d. Bertindak dan berperanan sebagai badan berkuasa yang dirujuk dalam program latihan
kemahiran pertanian;
e. Menyelaras penyertaan syarikat pertanian bagi program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN);
f. Menilai keberkesanan dan menambahbaik program latihan kemahiran pertanian;
g. Menyelaras dan melaksanakan latihan kemahiran teknikal Pertanian kepada tenaga pengajar
dan pegawai pengembangan (upskilling); dan
h. Merancang dan menyelaras kerjasama dengan pihak industri dalam pembangunan kerjaya
dan keusahawanan graduan Program Latihan Kemahiran Petanian Kebangsaan (PLKPK) dan
Institut Latihan Pertanian (ILP) di Pusat Bertauliah.
Teras Pembangunan PLKPK Matlamat PLKPK
Dibangunkan bersama pihak industri
Menjadi usahawan tani yang berkeyakinan,
berkemahiran dan berdaya saing.
Mengambilkira permintaan semasa
pasaran tenaga kerja.
Menjadi platform kepada pelatih
untuk melanjutkan pembelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi.
Mengaplikasikan amalan pertanian
baik dan teknologi pertanian moden.
Melahirkan tenaga kerja mahir dan
professional yang akan berkhidmat dalam
sektor swasta.