Page 77 - KPKM
P. 77

LAPORAN TAHUNAN ‘23 |      76




         Pada 1 September 2023, Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) telah meningkatkan harga Beras Putih Import
         (BPI) daripada RM2,350 per tan metrik kepada RM3,200 per tan metrik.  Keputusan berkenaan dibuat
         berikutan kenaikan harga pasaran dunia secara mendadak selepas larangan eksport oleh negara
         sumber utama dan pengeluaran hasil padi tempatan yang turut merosot atas pelbagai faktor luaran
         seperti perubahan iklim dan serangan penyakit. Justeru, corak permintaan di pasaran domestik telah
         berubah mengakibatkan permintaan Beras Putih Tempatan (BPT) meningkat terutamanya oleh sektor
         perkhidmatan seperti industri perkhidmatan hotel-restoran-katering (horecca). Ini mengakibatkan
         ketidakcukupan bekalan BPT bagi keperluan domestik.  Lantaran itu, Kerajaan telah memutuskan
         pemberian subsidi BPI bagi penduduk di Sabah, Sarawak dan Labuan sebanyak RM950 bagi setiap metrik
         tan. Manakala, kontrak kerajaan diputuskan supaya menggunakan BPI bagi meningkatkan bekalan BPT
         sebanyak 5% di pasaran.
         Pelbagai usaha yang telah diambil oleh KPKM ini serba sedikit mengurangkan keresahan rakyat
         terutamanya golongan rentan dalam mendapatkan makanan pada harga yang mampu milik. Maju ke
         hadapan, KPKM akan terus memperkukuhkan strategi menstabilkan bekalan makanan bagi keterjaminan
         makanan negara.
   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82