Page 71 - KPKM
P. 71

LAPORAN TAHUNAN ‘23 |      70




          Melalui Belanjawan 2024, KPKM telah diperuntukkan sebanyak RM6.2 bilion bagi pelaksanaan pelbagai
          inisiatif keterjaminan makanan. Antaranya, RM400 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan Program
          Pengukuhan Keterjaminan Makanan seperti berikut:
              a.  RM150 juta untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi meningkatkan hasil
                  tanaman dan ternakan dengan mengoptimumkan penggunaan tanah;
              b.  RM50 juta bagi melaksanakan kaedah baharu perolehan baja secara tender terbuka; dan
              c.  RM50 juta untuk membekalkan 50 ribu pesawah dengan baja bio dan organik.


          MESYUARAT YB MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN DENGAN EXCO-
          EXCO PERTANIAN NEGERI

          YB Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah mempengerusikan Mesyuarat YB Menteri Pertanian
          dan Keterjaminan Makanan dengan Exco-Exco Pertanian Negeri Bilangan 1 Tahun 2023 secara hibrid pada
          15 November 2024. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh YB Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan
          Makanan,  Exco  Pertanian  daripada  13  Negeri,  wakil  Unit  Perancang  Ekonomi  Negeri  (UPEN),  pegawai
          kanan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) serta Ketua Jabatan dan Agensi KPKM.

          Agenda mesyuarat kali ini merangkumi sebelas (11) pembentangan, iaitu dua (2) Kertas Pertimbangan
          dan sembilan (9) Kertas Makluman. Antara kertas pertimbangan yang dibentangkan adalah mengenai
          Cadangan Pewujudan Kawasan Khusus Pertanian Organik di peringkat Negeri. Pewujudan kawasan yang
          dicadangkan ini selaras dengan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN2.0), Pelan Tindakan Dasar
          Sekuriti Makanan Negara (Pelan Tindakan DSMN) 2021-2025 serta Matlamat Pembangunan Mampan
          2030 (SDGs), di mana pertanian organik adalah salah satu aktiviti yang diberi tumpuan dalam menangani
          cabaran global yang kritikal melalui amalan mesra alam dan keselamatan kepada pengguna.

          Mesyuarat juga telah bersetuju bahawa dalam memenuhi keperluan sekuriti makanan negara,
          pelaksanaan pertanian yang mampan diperlukan bagi menjamin kelangsungan sumber makanan
          sekaligus memastikan keseimbangan ekosistem. Dalam masa yang sama kesedaran pengguna
          terhadap faktor pemakanan serta gaya hidup sihat semakin menjadi perhatian dan meningkat setiap
          tahun. Melalui pelaksanaan pertanian organik sumber makanan yang berkualiti tinggi akan dapat
          dihasilkan dan keseimbangan alam sekitar dapat dikekalkan.

          Selain itu, Cadangan Penggubalan Enakmen Pendaftaran Petani juga telah dibentangkan bertujuan
          untuk menyediakan satu pangkalan data yang merekodkan dan mendaftarkan petani di Malaysia untuk
          mengenalpasti bilangan sebenar pengusaha dan petani yang terlibat dalam sektor pertanian terutama
          melibatkan subsektor tanaman.
   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76