Page 87 - KPKM
P. 87
LAPORAN TAHUNAN ‘23 | 86
MAJLIS KONVOKESYEN PERTANIAN KALI KE-11 TAHUN 2023
Pada 16 Mac 2023 (khamis), (BPKLP) telah mengadakan Majlis Konvokesyen Pertanian Kali Ke-11 Tahun
2023 di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Majlis ini bagi meraikan seramai 575 orang
graduan yang terdiri daripada 50 orang graduan Diploma Kemahiran Malaysia, 307 orang graduan Sijil
Kemahiran Malaysia, 154 orang graduan Sijil Pertanian Malaysia, 45 orang graduan Sijil Veterinar Malaysia
dan 19 orang graduan Sijil Perikanan. Kesemua graduan ini adalah mereka yang telah menamatkan
pengajian bagi tahun 2022.
Sesi susunan perarakan graduan ke pentas utama Majlis Konvokesyen Pertanian.
KURSUS UPSKILING
Reskiling Pegawai Pengembangan/ Tenaga Pakar Kakitangan Kementerian Pertanian Dan
Keterjaminan Makanan (KPKM) Dan Kumpulan Sasar
BPKLP merupakan penyelaras kursus dan latihan jangka pendek (upskilling) bagi kumpulan Pegawai
Pengembangan/ Tenaga Pakar (kakitangan KPKM) dan kumpulan sasaran (usahawan, penternak,
petani, peladang dan nelayan) setiap Jabatan/ Agensi yang berada di bawah KPKM. Latihan/ kursus
bagi Pegawai Pengembangan/ Tenaga Pakar adalah merupakan satu platform penyediaan latihan
bagi meningkatkan kepakaran teknikal di kalangan pegawai pengembangan berdasarkan matlamat
yang telah ditetapkan di dalam Dasar Agromakanan Negara 2.0 (DAN 2.0). Manakala, latihan/kursus
bagi kumpulan sasaran yang disediakan bertujuan untuk memenuhi keperluan golongan sasar dengan
memberi fokus kepada kategori sasaran yang terdiri daripada Orang Kurang Upaya (OKU), Wanita,
Transformasi, Siswazah, Komuniti Orang Asli dan selaras dengan matlamat Dasar Agromakanan Negara
2.0 (DAN 2.0).
Pelaksanaan kursus bagi tahun ini telah diselaraskan dengan matlamat yang telah ditetapkan di dalam
DAN 2.0. Melalui pelaporan yang dikemukakan oleh Jabatan dan Agensi berkenaan, BPKLP dapat menilai
keberkesanan kursus disamping mengenalpasti keperluan dan menangani masalah yang timbul bagi
memenuhi matlamat yang disasarkan.