Page 92 - KPKM
P. 92
91 | LAPORAN TAHUNAN ‘23
PROGRAM KARNIVAL KERJAYA MYFUTUREJOBS SEMPENA HARI PELADANG, PENTERNAK
DAN NELAYAN KEBANGSAAN (HPPNK) 2023
Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian (BPKLP) dengan kerjasama PERKESO telah
mengadakan Karnival Kerjaya MYFUTUREJOBS sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan
Kebangsaan (HPPNK) 2023 selama 3 hari pada 10 November hingga 12 November 2023 di Dataran Bulatan
Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak. Program ini menyediakan peluang pekerjaan dan padanan kerja antara
majikan dan pencari kerja dengan kerjasama PERKESO secara:
a. Temuduga terbuka (Walk In Interview).
b. Padanan kerja yang akan dibuat melalui pendaftaran MYFutureJobs.
Program ini melibatkan penyertaan sebanyak 15 syarikat daripada pelbagai sektor ekonomi seperti
perkhidmatan, peruncitan, makanan, kewangan, insurans, kejuruteraan, perladangan, perkilangan/
industri, hartanah dan farmaseutikal dengan 300 peluang pekerjaan. Berikut adalah pencapaian
keseluruhan Program Karnival Kerjaya MYFUTUREJOBS sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan
Kebangsaan (HPPNK) 2023.
383 211
Bilangan Hadir
Yang Mendaftar Temuduga
44 101
Berjaya Calon
Temuduga Simpanan