Page 96 - KPKM
P. 96

95   |  LAPORAN TAHUNAN ‘23




          LAWATAN KERJA YB MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE RUSIA,15 – 22 MEI
          2023
          YB  Menteri  Pertanian  dan  Keterjaminan  Makanan mengetuai delegasi  Malaysia  bagi  mengadakan
          lawatan kerja ke Rusia dan menyertai The 14th International Economic Forum “Russia – Islamic World:
          KazanForum” 2023 dari 15 hingga 22 Mei 2023. Penganjuran KazanForum 2023 ini julung kalinya diadakan
          setelah diangkat menjadi salah satu forum ekonomi peringkat Persekutuan Rusia dan menjadi forum
          terbesar bagi diskusi antara Rusia dan negara-negara Islam. YB Menteri telah mengadakan pertemuan
          dengan SS Ravil Gaynutdin, Mufti Besar Rusia dan telah dianugerahkan Medal of Spiritual Unity oleh SS
          Ravil Gaynutdin yang juga merupakan Pengerusi Muslim Spiritual Board, Rusia. Anugerah ini merupakan
          manifestasi penghargaan masyarakat Muslim Rusia ke atas usaha YB Menteri dalam meningkatkan
          perpaduan ummah sekali gus memperkukuh kerjasama antara Malaysia dan Rusia dalam pelbagai
          bidang terutamanya dalam bidang pertanian, keterjaminan makanan dan potensi kerjasama industri
          halal.





































                    Perjumpaan YB Menteri KPKM dengan SS Ravil Gaynutdin, Mufti Besar Rusia dan telah dianugerahkan dengan
                                                   Medal of Spiritual Unity.
   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101