Page 97 - KPKM
P. 97
LAPORAN TAHUNAN ‘23 | 96
Seterusnya, YB Menteri telah mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya iaitu TYT
Dmitry Patrushev, Menteri Pertanian Persekutuan Rusia di Bangunan Kementerian Pertanian Persekutuan
Rusia pada 17 Mei 2023 di mana kedua-dua buah negara menyatakan komitmen untuk mengukuhkan
lagi kerjasama dua hala dalam bidang pertanian dan keterjaminan makanan melalui Memorandum
Persefahaman (MoU).
Mesyuarat Dua Hala antara YB Menteri KPKM dan TYT Dmitry Patrushev, Menteri Pertanian Rusia.
YB Menteri diberikan penghormatan menyampaikan ucaptama semasa Sesi plenary: Ekonomi Teras –
Kerjasama antara Rusia dan Negara-Negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada 19 Mei 2023. Sesi
plenary ini diadakan bersama Timbalan-Timbalan Perdana Menteri Persekutuan Rusia, Ketua Republik
Tatarstan dan pemimpin negara OIC. Beliau berkongsi mengenai kepentingan industri halal negara
dan kepentingan bekerjasama dengan semua pihak terutamanya dalam bidang R&D dan digitalisasi
pertanian. Lawatan kerja di Rusia diteruskan lagi dengan mesyuarat dua hala dengan Menteri Pertanian
dan Makanan Republik Tatarstan di bangunan ikonik Kementerian Pertanian dan Makanan, Republik
Tatarstan. Republik Tatarstan merupakan pengeluar utama produk tenusu, input makanan haiwan serta
antara peneraju utama digitalisasi pertanian di Persekutuan Rusia
Mesyuarat Dua Hala Antara YB Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia dan Menteri Pertanian dan
Makanan Republik Tatarstan.