Page 102 - KPKM
P. 102

101  |  LAPORAN TAHUNAN ‘23




          LAWATAN KERJA OLEH YB TIMBALAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN
          KE SINGAPURA, 26 HINGGA 28 JULAI 2023

          YB Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah mengetuai delegasi Malaysia bagi
          mengadakan lawatan kerja ke Singapura dari 26 hingga 28 Julai 2023. Beliau memulakan jadual lawatan
          kerja dengan mengadakan perbincangan bersama SFA, A*STAR dan Enterprise Singapore di Kementerian
          Luar Negeri, Singapura yang turut dihadiri oleh TYT Dato’ Dr Azfar Mustafar, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di
          Singapura.































              YB Timbalan Menteri KPKM mengadakan sesi Perbincangan Meja Bulat dengan Singapore Food Agency (SFA), A*Star
                                                  dan Enterprise Singapore




          Seterusnya, YB Timbalan Menteri telah merasmikan Malaysia Fest 2023 di Changi Expo, Singapura pada 27
          Julai 2023 yang disertai seramai 278 usahawan dari Malaysia. Malaysia Fest merupakan acara tahunan
          yang dianjurkan oleh FAMA bagi mempromosikan produk pertanian dan makanan tempatan di pasaran
          Singapura. Malaysia Fest 2023 telah berlangsung selama empat hari bermula dari 27 hingga 30 Julai
          2023 dan telah mencatat nilai jualan langsung sebanyak RM17.8 juta iaitu 128% melebihi jualan pada
          tahun 2022 sebanyak RM7.8 juta. Ini merupakan penganjuran terbesar ekspo tersebut sejak penganjuran
          pertama pada tahun 2016.
   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107