Page 107 - KPKM
P. 107
LAPORAN TAHUNAN ‘23 | 106
Joint Working Group - JWG yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Azah Hanim binti Ahmad, Timbalan Ketua
Setiausaha (Dasar) KPKM.
MESYUARAT KETIGA KUMPULAN KERJA BERSAMA (JOINT WORKING GROUP - JWG)
MALAYSIA-DENMARK DALAM BIDANG PERTANIAN COPENHAGEN, DENMARK 22 HINGGA
24 OGOS 2023
Di bawah rangka kerja Memorandum Persefahaman (MoU) dalam Kerjasama Pertanian antara Malaysia
dan Denmark yang ditandatangani pada 21 September 2016 di Copenhagen, Denmark, kedua-dua
negara bersetuju untuk menganjurkan mesyuarat tahunan Kumpulan Kerja Bersama (Joint Working
Group-JWG) Malaysia-Denmark dalam bidang pertanian secara bergilir. Mesyuarat ini adalah bertujuan
untuk membincangkan kerjasama pertanian antara Malaysia dan Denmark seperti yang digariskan
dalam MoU. Mesyuarat pada kali ini memfokuskan kepada industri ternakan dan telah dipengerusikan
oleh YBhg. Datuk Azah Hanim binti Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar).