Page 109 - KPKM
P. 109
LAPORAN TAHUNAN ‘23 | 108
YB Timbalan Menteri seterusnya mengadakan mesyuarat dua hala bersama Mr. Zhou Wenyi, Ketua
Pengarah Jabatan Kerjasama Antarabangsa, GACC pada 15 September 2023 di Hotel Shangri-La Nanning.
Semasa mesyuarat tersebut, Mr. Zhou Wenyi telah menyatakan kesediaan GACC untuk bekerjasama erat
dengan KPKM dalam sanitari dan fitosanitari (SPS). Kerjasama ini melibatkan akses pasaran untuk buah-
buahan tropika, sarang burung walet dan minyak sawit serta lain-lain komoditi yang berpotensi dengan
syarat komoditi tersebut hendaklah memenuhi kriteria keselamatan makanan yang ditetapkan GACC.
Komitmen kerjasama ini telah diterjemahkan oleh GACC melalui pemeteraian protokol akses pasaran
buah nangka dan makanan akuakultur yang telah ditandatangani pada 1 April 2023.
YB Timbalan Menteri KPKM dan delegasi mengadakan mesyuarat dua hala bersama GACC di Hotel Shangri-la Nanning.
YB Timbalan Menteri turut mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya iaitu TYT Ma
Youxiang, Timbalan Menteri Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar, China pada 16 September 2023 di
Wuxiang Resort, Nanning. Beliau menyatakan kesediaan Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar
Bandar (MARA) untuk bekerjasama dengan Malaysia ke arahmencapai keterjaminan makanan.