Page 113 - KPKM
P. 113
LAPORAN TAHUNAN ‘23 | 112
Majlis Perasmian Mesyuarat kali ke-45 AMAF dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan telah disempurnakan
oleh YB Tuan Chan Foong Hin, Timbalan Menteri pada 4 Oktober 2023. Dalam ucapan perasmian sebagai
wakil Pengerusi AMAF, beliau telah menekankan kepentingan untuk AMS menjaga kemampanan
sektor pertanian dan perhutanan, demi kesejahteraan sosioekonomi komuniti ASEAN serta kemajuan
pembangunan mampan di rantau ini.
Timbalan Menteri KPKM merasmikan Mesyuarat kali ke-45 AMAF dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan.
YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha KPKM, selaku Pengerusi SOM AMAF telah membentangkan
Laporan dan Syor Pengerusi SOM AMAF. Laporan ini mengesyorkan supaya Kumpulan Kerja Badan
Sektoral ASEAN (ASWG) terus melaksanakan keutamaan pencapaian dalam sektor makanan, pertanian
dan perhutanan (food, agriculture and forestry – FAF) bagi memastikan sektor tersebut terus mampan
dan berdaya tahan. Mesyuarat Pertama Menteri-Menteri Pertanian dan Perhutanan ASEAN – Jepun
(AJMAF) yang diadakan pada 4 Oktober 2023 telah dipengerusikan secara bersama oleh YB Menteri
selaku Pengerusi AMAF dan TYT Miyashita Ichiro, Menteri Pertanian, Perhutanan dan Perikanan, Jepun.
Mesyuarat julung kali ini bertujuan untuk membincangkan mekanisme pelaksanaan Pelan Kerjasama
Midori ASEAN – Jepun.
YB Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan juga telah mempengerusikan Mesyuarat kali ke-23
Menteri Menteri Pertanian dan Perhutanan ASEAN Campur 3 yang melibatkan 10 AMS, Setiausaha Agung
ASEAN, Timor Leste selaku pemerhati dan tiga rakan dialog ASEAN iaitu China, Jepun dan Korea pada
6 Oktober 2023. Menteri Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar, Korea, serta Menteri Kesatuan,
Pertanian, Penternakan dan Saliran, Myanmar telah hadir secara atas talian.