Page 114 - KPKM
P. 114

113  |  LAPORAN TAHUNAN ‘23




          YB  Menteri  Pertanian  dan  Keterjaminan  Makanan  selaku  Pengerusi  AMAF  telah  mempengerusikan
          Mesyuarat kali ke-8 Peringkat Menteri-Menteri ASEAN – China mengenai SPS secara bersama dengan TYT
          Zhao Zenglian, Ahli Jawatankuasa Communist Party of China (CPC) General Administration of Customs
          of the People’s Republic of China (GACC) pada 6 Oktober 2023 di Kuala Lumpur. Dalam ucapan alu-aluan,
          Pengerusi AMAF menyampaikan penghargaan kepada pihak GACC di atas sokongandan kerjasama
          dalam bidang SPS, antaranya fasiliti perdagangan produk pertanian ASEAN–China serta pembangunan
          laman web China-ASEAN SPS Cooperation.
          Selain mesyuarat-mesyuarat AMAF, KPKM turut mengadakan acara dan aktiviti sampingan dengan
          penglibatan seramai 168 orang delegasi. YB Menteri selaku Pengerusi AMAF telah menyambut Pemimpin
          AMAF bersama delegasi semasa lawatan ke Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA). Pemimpin
          AMAF serta delegasi telah menyaksikan aktiviti penanaman padi menggunakan jentera transplanter,
          penyemburan racun menggunakan dron dan penghasilan baja kompos daripada jerami padi bagi
          mempromosi pertanian moden, teknologi pendigitalan dan kitaran ekonomi industri padi. Pemimpin
          AMAF Campur 3 diraikan dalam Majlis Makan Malam Gala.

          Selain itu, KPKM turut menganjurkan Majlis Makan Malam Gala pada 5 Oktober 2023 untuk meraikan
          pemimpin AMAF, Menteri Pertanian dari negara Campur 3, rakan dialog, Duta Timor-Leste ke Malaysia,
          semua delegasi AMS, wakil dari badan antarabangsa, Majlis Perdagangan ASEAN–EU dan Majlis
          Perdagangan ASEAN–US. Antara pengisian utama majlis adalah persembahan kebudayaan yang turut
          menampilkan bakat kanak-kanak dan promosi makanan tempatan.

































                                 Pemimpin AMAF dan Pemimpin negara Campur 3 bergambar cara ASEAN
                                           sempena Mesyuarat kali ke-23 AMAF Campur 3.
   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119