Page 115 - KPKM
P. 115
LAPORAN TAHUNAN ‘23 | 114
Pemimpin AMAF dan Pemimpin negara Campur 3 bergambar cara ASEAN sempena
Demonstrasi aktiviti penanaman padi menggunakan jentera transplanter oleh YB Menteri . Mesyuarat kali ke-23 AMAF Campur 3.
PENGANJURAN MAJLIS APRESIASI AMAF 2023 BERSAMA PETUGAS DAN SEKRETARIAT
SEMPENA PENGANJURAN MESYUARAT AMAF TAHUN 2023
Penganjuran Mesyuarat AMAF Kali ke-45 dan mesyuarat lain berkaitan yang bertemakan Growing
Together: Advancing ASEAN Agriculture and Forestry for Sustainable Development telah disertai negara-
negara anggota ASEAN bersama China, Jepun serta Korea Selatan telah berlangsung dengan jayanya
pada pada 2 hingga 5 Oktober 2023 di Kuala Lumpur. Sehubungan dengan hal itu, Majlis Apresiasi
AMAF yang diadakan di Dewan A, MAEPS, Serdang pada 23 November 2023 ini diadakan bagi memberi
pengiktirafan dan meraikan pegawai-pegawai KPKM dan kementerian luar yang terlibat dalam
penganjuran Mesyuarat AMAF Kali ke-45 dan mesyuarat lain berkaitan.
YB Menteri yang diiringi oleh YB Timbalan Menteri KPKM, Datuk Chan Foon Hin, dan YBhg. Datuk Azah
Hanim binti Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) telah meraikan serta menyampaikan sijil
penghargaan kepada 15 orang wakil Jawatankuasa Kerja Mesyuarat AMAF kali ke-45 dan mesyuarat lain
berkaitan yang telah hadir ke majlis tersebut. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan rasa berbangga
dengan komitmen yang dipamerkan oleh para petugas dan barisan urus setia induk dan merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan serta jasa para petugas sepanjang tempoh 5 hari
mesyuarat berlangsung. Beliau juga memaklumkan bahawa KPKM khususnya dan Malaysia amnya telah
menjalankan tugas sebagai tuan rumah untuk penganjuran Mesyuarat kali ke-45 AMAF dan mesyuarat
lain berkaitan dan sebagai Pengerusi AMAF dengan sangat cemerlang.
YB Menteri KPKM menyampaikan kata alu-aluan sempena Majlis Apresiasi AMAF YB Menteri dan YB Timbalan Menteri KPKM bergambar bersama semua wakil
2023. Jawatankuasa Mesyuarat AMAF Kali ke-45.