Page 116 - KPKM
P. 116
115 | LAPORAN TAHUNAN ‘23
BAHAGIAN PEMBANGUNAN PERNIAGAAN
DAN PELABURAN (BDI)
OBJEKTIF BAHAGIAN
a. Melaksanakan program-program penggalakan pelaburan dalam dan luar negara bagi
meningkatkan pelaburan dalam bidang pertanian;
b. Melaksanakan program-program promosi, pemasaran dan galakan pasaran bagi
meningkatkan saiz pasaran produk pertanian dan agromakanan;
c. Merangka dan menyelaras pelaksanaan fasilitasi aktiviti pengimportan dan pengeksportan
produk pertanian;
d. Merangka strategi serta menyelaras pelaksanaan program-program pembangunan
perniagaan bagi membangunkan perniagaan tani yang maju dan berdaya saing;
e. Mengawalselia serta menyelaras dana pembiayaan kerajaan kepada Agrobank; dan
f. Mengurusetia dan memantau projek penswastaan di peringkat kementerian.
FUNGSI BAHAGIAN
a. Menyelaras dan memantau urusan pelaburan Foreign Direct Investment (FDI) dan Domestic
Direct Investment (DDI);
b. Menyelaras permohonan ke National Committee on Investment (NCI);
c. Menyelaras pelaksanaan kawalan import serta fasilitasi protokol dan akses pasaran eksport
produk pertanian;
d. Merangka dan menyelaras pelaksanaan dasar berhubung perlindungan takaful untuk petani;
e. Menyelaras peruntukan dan penyaluran dana, subsidi, insentif serta pembiayaan;
f. Merangka sokongan kredit industri termasuk pembiayaan alternatif syarikat sektor agromakanan.
g. Menentukan produk dan pasaran eksport yang berpotensi untuk diteroka serta
strategi untuk meneroka pasaran baharu dan mengukuhkan pasaran.;
h. Melaksanakan program promosi, penjenamaan, kerjasama perdagangan, risikan pasaran dan
kolaborasi teknikal dalam sektor pertanian;
i. Menyelaras pelaksanaan program pemasaran dan pengedaran dalam negara agar
berjalan dengan lebih berkesan melalui outlet jualan jabatan/agensi;
j. Merangka, menyelaras dan menyelia aktiviti di Agri Business Development Centre (BDC) bagi
menyampaikan maklumat dan khidmat nasihat dalam bidang perniagaan pertanian dan
makanan di Malaysia bagi golongan sasar;
k. Menyelaras perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian program-program
pembangunan perniagaan dalam bidang pertanian dan industri makanan; dan
l. Memudahcara pelaksanaan projek Kerjasama Awam Swasta yang melibatkan
kementerian/jabatan/agensi di bawah KPKM.