Page 121 - KPKM
P. 121
LAPORAN TAHUNAN ‘23 | 120
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
Program Khidmat Pemasaran KPKM (Program Ladang Kontrak 2.0) merupakan program sambungan
dalam RMKe-12 yang menggantikan Program Ladang Kontrak MOA. Program ini merupakan satu
program kerjasama di antara pemasar dengan pengeluar yang dipemudahcarakan oleh agensi/
jabatan pembimbing KPKM. Sebagai balasan kepada persetujuan kerjasama tersebut, pihak pemasar
dan pengeluar yang didaftarkan sebagai peserta program layak untuk menerima insentif/ kemudahan
pemasaran yang ditawarkan melalui program ini. Program ini diwujudkan untuk memberi tumpuan
kepada aktiviti khidmat pemasaran dengan membantu peserta bimbingan jabatan/agensi KPKM
memasarkan hasil pertanian mereka. Bagi tujuan itu, sebanyak RM7.8 juta telah diluluskan bagi
pelaksanaan program ini pada tahun 2023 untuk diagihkan kepada empat agensi pemasaran KPKM iaitu
FAMA, LPP, LPNM dan LKIM.
Objektif Program Khidmat Pemasaran KPKM (Program Ladang Kontrak 2.0) adalah seperti berikut:
Perkara Pencapaian 2022
Bilangan Peserta 1,618
Bilangan Pemadanan/Perjanjian/Program jualan 4,833
Kuantiti Pemadanan/Perjanjian/Jualan (MT) 57,146
Nilai pemadanan/perjanjian/Jualan (RM) 153.69 juta
SKIM PEMBIAYAAN MIKROKREDIT OLEH AGROBANK - PEMBIAYAAN DANA PEMBIAYAAN
AGROMAKANAN 3 (DPA 3)
Pada tahun 2023, DPA3 telah mendatangkan impak positif terhadap perkembangan sektor agromakanan
negara dengan manfaat terus kepada usahawan-usahawan mengikut subsektor pertanian dalam
negara seperti yang dicatatkan diJadual berikut:
Sektor Usahawan Jumlah (RM juta)
Tanaman 4 5.25
Ternakan 4 4.90
Perikanan 1 0.25
Lain-lain 3 5.80
JUMLAH 12 16.2
Dengan adanya dana pembiayaan ini yang lebih spesifik, ia telah dapat membantu para petani, penternak,
nelayan dan pengusaha dalam meningkatkan produktiviti tanaman/ternakan agar pengeluaran bahan
makanan kekal stabil dalam memastikan keterjaminan makanan negara di paras selamat.