Page 122 - KPKM
P. 122
121 | LAPORAN TAHUNAN ‘23
Sebanyak RM150 juta telah disalurkan kepada Agrobank pada 17 Oktober 2023. DPA3 telah meluluskan
pembiayaan yang tinggi bagi perusahaan kecil RM10.3juta (64%), perusahaan mikro sebanyak
RM400,000 (2%) dan Perusahaan sederhana sebanyak RM5.5 juta (34%) daripada jumlah keseluruhan
kelulusan pembiayaan berjumlah RM16.2 juta. Lain-lain sektor diluluskan pembiayaan tertinggi sebanyak
RM5.8 juta (36%) dan diikuti oleh Sektor Tanaman (RM5.25 juta – 32%). Dengan penawaran kos pembiayaan
yang lebih rendah berbanding DPA1 iaitu 3% termasuk 6 bulan moratarium, DPA3 dilihat telah membantu
lebih banyak syarikat dari Perusahaan Mikro dan Kecil untuk menampung keperluan peningkatan kos
perniagaan dan mengekalkan pengeluaran, seterusnya menyumbang kepada ketersediaan bekalan
makanan.
PROGRAM/AKTIVITI BERIMPAK TINGGI
PROGRAM JUALAN AGRO MADANI (SEKYEN MV)
Program Jualan Agro MADANI merupakan penjenamaan semula kepada program Jualan Terus Dari
Ladang (JTDL) dan Jualan Agro RAHMAH yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan
Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui tiga Agensi Pelaksana:
a. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA);
b. Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP); dan
c. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
Melalui program ini, ia adalah bukti keprihatinan Kerajaan dalam memastikan nasib golongan yang
memerlukan sentiasa terpelihara dalam menghadapi cabaran kos sara hidup yang tinggi; dan
merupakan satu inisiatif untuk meningkatkan akses dan ketersediaan bekalan produk makanan asas
terpilih kepada pengguna pada harga berpatutan. Jualan Agro MADANI adalah salah satu program
“quick win” KPKM dalam membantu para pengeluar memasarkan produk secara terus kepada pengguna
dengan mengurangkan lapisan perantara pasaran dari sumber pengeluaran kepada pengguna melalui
penglibatan Peserta Projek Bimbingan Agensi melalui programjualan di samping memberi luang pasaran
tambahan dan meningkatkan pendapatan Peserta Program Ladang Kontrak dan Usahawan dengan
konsep jualan secara terus kepada pengguna.
Program Jualan Agro MADANI diadakan di lokasi-lokasi strategik seperti di outlet peruncitan agensi KPKM,
sekitar kawasan perumahan, Projek Perumahan Rakyat (PPR), kawasan bandar dan pinggir bandar yang
berkepadatan tinggi dengan penduduk B40 dan M40. Selain itu, program jualan juga turut dilaksanakan
di kompleks kerajaan (Kementerian/Agensi di sekitar Putrajaya).