Page 124 - KPKM
P. 124
123 | LAPORAN TAHUNAN ‘23
Pelaksanaan jualan sepanjang tahun 2023 telah berjaya mengutip nilai jualan RM93.74 juta dan
penjimatan sebanyak RM27.8 juta. Jumlah usahawan yang telah menyertai Program Jualan Agro
MADANI adalah seramai 74,841 ribu usahawan dengan jumlah 2.90 juta pengunjung serta telah memberi
manfaat kepada 11.6 juta isi rumah.
MISI PERDAGANGAN DAN PELABURAN KE TOKYO (SEKSYEN IV)
Misi Perdagangan dan Pelaburan ke Tokyo, Jepun telah diadakan pada 1 hingga 5 November 2023 yang
bertujuan untuk memperkasa ekosistem agromakanan negara melalui 5 kluster program utama seperti
berikut:
Bil. Kluster Program Bilangan/Nama Syarikat
Seminar pelaburan dan forum perniagaan (business forum) (Rabu)
1. 39
bertempat di TKP Garden City, Shibuya, Tokyo pada 1 November 2023
Kunjungan Hormat ke atas H.E. Timbalan Menteri Hal Ehwal Antarabangsa
Kementerian Pertanian, Perhutanan dan
2. Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun pada 2
Perikanan Jepun (MAFF) 1
November 2023
Promosi Perniagaan Dan Perdagangan In-store Promotion Don Quijote
3. Don Quijote Japan 1
Nakameguro Honten, Tokyo pada 2 November 2023
Lawatan Kerja Ketua Setiausaha KPKM ke Syarikat Mirai Co. Ltd Plant Factory
4. MIRAI Co. Ltd 1
pada 3 November 2023
5. Malaysia Fair 2023, Shinjuku Park pada 3-5 November 2023 50
Jumlah Syarikat 92
Untuk misi kali ini, libat urus dengan 92 syarikat, individu perniagaan, pelabur dan Kementerian telah
dilaksanakan bagi menjayakan keseluruhan segmen di atas yang menjurus kepada potensi pengukuhan
kerjasama pelaburan agromakanan dua hala Malaysia dan Jepun. Delegasi misi ini telah diketuai oleh
YBhg Datuk KSU KPKM yang dilaksanakan dengan kerjasama strategik bersama PPP Tokyo, MIDA Tokyo,
MATRADE Tokyo, ECERDC, KUSKOP, KKDW dan FAMA Corporation.
Misi ini bertujuan untuk meningkatkan prestasi dagangan Malaysia-Jepun terutama produk
agromakanan dan industri halal agar terus meningkat secara konsisten terutama menjelang
penganjuran acara bertaraf dunia di Jepun seperti World Expo Osaka 2025, Sukan Asia Aichi-Nagoya
2026, Sukan Olimpik Musim Sejuk Hokkaido 2030 serta sasaran Jepun bagi menerima seramai 60 juta
pelancong pada tahun 2030. Misi ini juga dilaksanakan antara lainnya sebagai langkah intervensi KPKM
dalam menunjukkan komitmen serius Kerajaan terutama dalam isu bilateral Malaysia-Jepun. Antaranya
penekanan kepada akses pasaran eksport produk poultri ke Jepun bagi memastikan prestasi eksport
berjumlah USD3.4 juta (2022) tidak terjejas.