Page 120 - KPKM
P. 120
119 | LAPORAN TAHUNAN ‘23
EXPORT MANAGEMENT COMPANY (EMC)
Usaha berterusan bagi memperkukuhkan luang pasaran global kepada produk-produk keluaran
usahawan pertanian dan agromakanan bernilai tinggi sentiasa dilaksanakan secara agresif bagi
menggalakkan produktiviti yang mampan di sepanjang rantaian nilai perbekalan. Inisiatif ini merupakan
kolaborasi strategik awam-swasta (Public-Private Initiaitve) dengan penglibatan pemain industri
berkaitan yang terdiri daripada usahawan pengeluar, pengeskport, pengimport luar negara dan pemasar
di luar negara bertujuan untuk mengatasi permasalahan market entry, pemasaran dan promosi produk
Industri Asas Tani di sesebuah negara pengimport.
Pembangunan Export Management Company (EMC) sebagai market linker dan enabler pemasaran
produk pertanian dan agromakanan Malaysia bernilai tinggi di luar negara akan diberi fokus dan
tumpuan pada tahun ini supaya pemasarannya lebih berfokus dan terarah di segmen pasaran yang
mendatangkan pulangan yang berbaloi kepada pengusaha terlibat.
Sepanjang tahun 2023, inisiatif ini telah memberikan impak yang sangat signifikan kepada landskap
pemasaran eksport industri makanan negara dengan pembangunan jenama tunggal di tiga negara
sebagai payung kepada kepelbagaian jenama produk yang diperkenalkan di sesuatu pasaran
memungkinkan impak yang signifikan dan terarah kepada kemampanan dan daya tahan produk
berkenaan di pasaran. Usaha pemasaran, publisiti dan penjenamaan produk Malaysia dikonsolidasikan
sebagai jenama tunggal di pasaran-pasaran yang telah dikenal pasti yakni MyKitchen di Jepun,
Natharvest di Amerika Syarikat dan Malay Aroi di Thailand. Sebanyak 115 stock keeping unit (SKU)
produk tempatan telah dipasarkan melalui jenama ini yang melibatkan 21 usahawan pengeluar yang
memperoleh manfaat pemasaran di tujuh (7) outlet perniagaan dan 12 plaform jualan dalam talian.
Satu contoh program, semasa lawatan kerja Menteri KPKM ke Seattle, Washington, Amerika Syarikat
pada 2 Ogos 2023, Menteri KPKM telah terlibat dalam pemadanan lapan (8) stock keeping unit (SKU)
produk Peladang bersama EMC Malaysia di Amerika Syarikat (Syarikat Enescorp International). Hasil
daripada pemadanan perniagaan tersebut, satu (1) penghantaran pertama lapan (8) SKU berkenaan
telah dilaksanakan pada 28 Oktober 2023 dan 13 SKU pada penghantaran kedua. Sehingga Disember
2023, sebanyak 50 SKU produk agromakanan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) telah berjaya
dipasarkan di pasaran Amerika Syarikat di samping 12 syarikat IKS telah berjaya didaftarkan di bawah US
Food & Drugs Administration (US FDA) bagi pematuhan keperluan standard regulatori Amerika Syarikat.
Inisiatif pengukuhan EMC ini telah dilaksanakan secara berterusan melalui agensi pemasaran produk
pertanian bersama Pejabat Penasihat Pertanian (PPP) di luar negara. Sepanjang tahun 2023, 30 program
perdagangan di luar dan dalam negara telah dilaksanakan dengan nilai jualan RM335.98 juta nilai jualan.
Sepanjang tahun tersebut juga 1,167 SKU baharu diperkenalkan di pasaran global daripada 326 syarikat
tempatan.